CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18204|Reply: 0

[Kedah] Arash selamat jalani pemindahan di China, terima 20 peratus hati ibu

[Copy link]
Post time 4-2-2026 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Arash selamat jalani pemindahan di China, terima 20 peratus hati ibu

Noorazura Abdul Rahman[email protected]

\




MOHAMAD Fariz Najdi dan isterinya Nor Syatirah bersama anak mereka Muhammad Arash Zulkarnain (gambar fail). FOTO NSTP Bernama




Alor Setar: Kanak-kanak penghidap kanser hati, Muhammad Arash Zulkarnain Mohamad Fariz Najdi, 3, selamat menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China, 29 Januari lalu.

Pembedahan itu berjaya dilaksanakan selepas dana rawatan berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.

Prosedur berkenaan mengambil masa lebih sembilan jam, bermula pada jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.45 petang.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Mohamad Fariz Najdi Mahamad Subri, 31, berkata keseluruhan hati anaknya dibuang dan digantikan dengan 20 peratus hati ibunya, Nor Syatirah Zairenor, 31,

Katanya, keadaan isterinya stabil manakala Arash menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan berkenaan.

"Limpa Arash juga terpaksa dibuang, ujian darah yang dijalankan menunjukkan keputusan yang baik dan fungsi hati baharu mula bertindak balas dengan positif.

"Arash kini dalam keadaan stabil, namun masih dipantau rapi oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fariz berkata, proses pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi besar membabitkan ibu dan anak, namun kedua-duanya perlu menjalani pemantauan berterusan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

Katanya, setakat ini isterinya sudah mampu berjalan perlahan-lahan.

"Saya nak ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta menghulurkan bantuan kewangan hingga dana yang diperlukan mencukupi.

"Hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan semua rakyat Malaysia yang memberi sumbangan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Arash disahkan menghidap Langerhans' Cell Histiocytosis (LCH), sejenis kanser jarang berlaku yang menyerang hati sejak awal kelahirannya sehingga menyebabkan kegagalan fungsi organ berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan Arash perlu menjalani rawatan kemoterapi selama beberapa minggu, namun rawatan dihentikan selepas keadaannya semakin merosot apabila hati dan limpanya terus membesar.

Susulan itu, doktor mengesahkan pemindahan hati adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan nyawanya, dengan kos rawatan di Hospital Renji, Shanghai mencecah RM185,000, termasuk pembedahan dan rawatan susulan.

Akibat keadaan Arash, Mohamad Fariz Najdi terpaksa berhenti kerja sebagai jurutera bagi memberi sepenuh tumpuan kepada rawatan anaknya, manakala isterinya adalah suri rumah sepenuh masa.



Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 11:37am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318758/arash-selamat-jalani-pemindahan-di-china-terima-20-peratus-hati-ibu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40458 Replies : 396
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 22580 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 28691 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:17 PM GMT+8 , Processed in 1.044617 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list