CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6458|Reply: 0

[Sarawak] SWWS lancar laporan usia perkahwinan dan adat Bumiputera

[Copy link]
Post time 4-2-2026 09:32 AM | Show all posts |Read mode


Angie (kanan belakang) bergambar bersama ahli lain pada sesi meja bulat bersama badan-badan adat utama bagi membincangkan laporan adat Bumiputera dan usia perkahwinan.

KUCHING: Sarawak Women for Women Society (SWWS) baru-baru ini mengadakan sesi meja bulat bersama badan-badan adat utama bagi membincangkan laporan mereka mengenai adat Bumiputera dan usia perkahwinan.

Menurut kenyataan SWWS, dalam tempoh 18 bulan yang lalu pihaknya telah mengadakan perbincangan di pelbagai kawasan di negeri ini bersama pemimpin adat, wanita dan golongan muda, melibatkan hampir 300 peserta daripada 12 etnik berbeza.

Presiden SWWS Dr Angie Garet menjelaskan bahawa perbincangan tersebut bertujuan menangani kebimbangan global, nasional dan tempatan mengenai perkahwinan awal dan kehamilan remaja, yang dikenal pasti memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan emosi gadis muda serta boleh menjebak mereka dan bayi mereka dalam kemiskinan, malah kadangkala menutup hubungan yang berpotensi abusif.

"Undang-undang adat Bumiputera tidak menyebut tentang usia perkahwinan kerana pada zaman dahulu, masa diukur melalui kitaran tuaian, bukan umur.

"Namun, secara tradisinya, pasangan dianggap berkahwin apabila kedua-duanya matang dan mampu membesarkan anak.

"Cabarannya kini adalah bagaimana nilai tradisi ini boleh diterjemahkan dalam kehidupan moden, di mana keupayaan menyediakan keluarga memerlukan pendidikan yang berterusan dan sumber pendapatan yang stabil," katanya menerusi kenyataan itu.

Peserta bengkel turut membincangkan perbezaan kehidupan remaja kini berbanding zaman dahulu, termasuk kemampuan remaja dahulu memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa lebih awal.

Hari ini tambahnya, remaja perlu menumpukan perhatian kepada pendidikan dan pendapat majoriti menekankan bahawa baik lelaki mahupun perempuan perlu menunggu sehingga lebih matang sebelum membina keluarga.

Walaupun ada beberapa kes perkahwinan awal kerana faktor kemiskinan, kebanyakan punca perkahwinan awal dilihat akibat kehamilan remaja, yang menambah tekanan kewangan dan emosi.

Dalam situasi ini, perkahwinan adat digunakan untuk mengurangkan stigma serta melindungi remaja lelaki daripada tindakan undang-undang tetapi langkah itu tidak semestinya mengelakkan masalah jangka panjang seperti perceraian awal dan penjagaan anak oleh datuk nenek.

"Bagi menangani isu ini, laporan SWWS mencadangkan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif yang lebih berkesan dan mudah diakses serta penyediaan ruang selamat dan tanpa penghakiman untuk remaja berbincang tentang masalah peribadi mereka dengan orang dewasa, termasuk ibu bapa," tegas beliau.

Angie berpendapat bahawa ramai ibu bapa perlu diberi kesedaran mengenai persekitaran moden yang dihadapi remaja, terutama pengaruh mesej dalam talian, menyebabkan jurang komunikasi.

Laporan tersebut dijangka menjadi rujukan penting bagi pihak berkuasa negeri dan badan adat dalam merangka dasar yang melindungi hak remaja serta mengekalkan nilai tradisi secara relevan dengan kehidupan moden, ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 2.224524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list