CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20693|Reply: 0

[Kedah] Dua wanita disyaki pengedar dadah terbabit nahas, seorang maut

[Copy link]
Post time 4-2-2026 12:42 AM | Show all posts |Read mode
Dua wanita disyaki pengedar dadah terbabit nahas, seorang maut

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 4, 2026 @ 12:04am




Kemalangan membabitkan Perodua Myvi dinaiki dua wanita yang disyaki pengedar dadah. - Foto ihsan polis



ALOR SETAR: Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata kejadian berlaku jam 8.20 malam ketika anggotanya sedang melakukan Op Gempur di kawasan itu.

Beliau berkata, sebaik melihat kenderaan dinaiki kedua-dua wanita itu dalam keadaan mencurigakan, polis mengejar sebelum berlaku kemalangan.

"Seorang daripada suspek meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah.

"Polis turut menemui satu plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 210 gram," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, suspek iaitu pemandu kereta berusia 37 tahun parah dan hasil siasatan mendapati dia mempunyai 12 rekod jenayah lalu berkaitan dadah.

"Rakannya pula mempunyai tiga rekod kes dadah dan satu kes jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut dan suspekl yang parah dirawat di hospital sama," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/02/1505018/dua-wanita-disyaki-pengedar-dadah-terbabit-nahas-seorang-maut





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5dddbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19813 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 16410 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 11058 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12664 Replies : 219
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26293 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.201863 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list