CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32289|Reply: 0

[Sarawak] Tumbuk dan ugut pecahkan kepala adik, lelaki dipenjara 13 bulan

[Copy link]
Post time 3-2-2026 01:38 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 13 bulan di Mahkamah Majistret hari iniakibat menumbuk muka dan mengugut hendak memecahkan kepala adik lelakinya, gara-gara mangsa hendak menggunakan kipas.

Mohd Muzzakhir Malik, 29, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah sebaik didakwa atas dua pertuduhan di bawah dua seksyen berbeza.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan untuk pertuduhan pertama di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa berusia 16 tahun.

Sementara bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sama, Ling memerintahkan tertuduh dipenjara 13 bulan.

Ling bagaimanapun menetapkan kedua-dua hukuman penjara itu dijalankan secara serentak berkuat kuasa hari ini.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam satu kejadian pada 28 Januari 2026, sekitar jam 10 malam di sebuah rumah di Kampung Tanjung Bako di sini.

Fakta kes mendedahkan pengadu iaitu salah seorang daripada ibu bapa tertuduh membuat laporan polis menyatakan tertuduh telah mengugut dan mencederakan adik lelakinya.

Susulan itu, tertuduh ditangkap pada keesokan harinya (29 Januari 2026) sekitar jam 1 petang.

Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah mangsa hendak menggunakan kipas namun tertuduh bertindak menghempas kipas tersebut, sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa ditumbuk di bahagian muka sehingga dia mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata kiri.

Semasa kejadian juga, tertuduh telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan berbunyi ‘kau ku pecah palak ko malam tok’ terhadap mangsa dan perkara itu turut didengar oleh ahli keluarga lain selaku saksi.

Kejadian itu juga telah menimbulkan rasa takut terhadap mangsa dan saksi.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulitfi Suriani.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.243976 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list