CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34789|Reply: 10

“Makin Dekat Ramadan, Banyak Aksi Wanita Muslimah Dengan Iklan Baju Raya Sendat” - Ustazah Asma Harun

[Copy link]
Post time 3-2-2026 11:46 AM | Show all posts |Read mode





Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun menegur segelintir wanita yang bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan seksi.

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma ada segelintir wanita yang tidak bertudung namun berpakaian sopan berbanding wanita bertudung.

“Ada ramai wanita yang tak bertudung tapi tidak seksi..sopan dan longgar seperti kebanyakan non muslim contohnya. Sebaliknya ramai yang bertudung tapi pakaian ketat seksi yang lagi mengoda hawa nafsu.






“Fahami bahawa saya bukan memuji wanita tidak bertudung.. namun wanita yang menampakkan bentuk badan terutama bahagian atas depan dan bawah belakang jauh lebih besar fitnahnya.. seperti hadis dituliskan di bawah,” tulisnya.

Sementara itu, Ustazah Asma turut menegur semakin ramai wanita Muslimah muncul dalam iklan baju raya namun mengenakan pakaian ketat apatah lagi bulan Ramadan semakin hampir.

“Dah hampir separuh Syaaban, makin dekat Ramadhan..makin banyak pula aksi wanita muslimah dengan Iklan baju raya yang sendat”

“Pakai tudung tapi baju ketat melekat lebih berat fitnah berbanding tak bertudung tapi baju sopan longgar,” tulisnya,” tulisnya.

Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bising ah dia ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp shantik2 kan baju2nya? Tung ah sape yg leh pakai baju raye shantik2 sbb figure masih shantik tu.. selamat hari raya in advance
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:59 PM | Show all posts
Rakan-rakan ARTIS seUSRAH yang jual2 baju-baju harga firaun takde tegur ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols macam setuju dengan ustazah asma ni. Sebab meols pun ada perasan. Kalau iklan baju kurung yg guna model omputih dan model yg freehair tu, pakaian tu labuh longgar elok je, nampak penampilan pun sopan je masa dok menggayakan baju tu. Pastu makeup model diorg pun nampak simple dan lite2 je. Sebab nak fokus kat baju yg diorg dok peragakan tu.

Kalau model bertudung pulak, macam ustazah asma cakap la. Baju memang melekap ngam2 dengan bentuk badan. Ada jugak yg pakai nampak loose elok, tapi posing tu pulak meliuk2 lenggok badan. Ada model pakai elok dah nampak loose baju, tudung labuh tutup depan, tapi makeup pulok nampak tebal sangat. Ada model ni meols tengok udah serupa mayat hidup dah. Muka putih pucat mata keliling lebam sebab effect makeup tu. Hmm.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 3-2-2026 09:53 PM
Meols macam setuju dengan ustazah asma ni. Sebab meols pun ada perasan. Kalau iklan baju kurung yg g ...

Sama la uols iols tengok model2 zalora tu nmpk profesional photoshoot mereka. Takde nmpk gedik2. Tapi model2 bertudung ekspresi muka tak mcm Muslimah. Tersengih2 tergedik2 tak tentu hala macam nak goda jantan. Terbalik pulak jadinya.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2026 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-2-2026 09:57 PM
Sama la uols iols tengok model2 zalora tu nmpk profesional photoshoot mereka. Takde nmpk gedik2. T ...

Itu la kan. Sedih pulak nengoknye. Sepatutnya untuk baju2 melayu macam baju kurung ni, kena ambik model yg memang orang melayu punya la. Cth yg baju perempuan tu. Cumanya model tu diberikan penampilan yg sopan la, sesuai dgn title gadis melayu tu tanpa perlu menunjukkan ekspresi berlebihan macam pakai sendat, gaya peragaan lebih sopan dsb.

Meols pulak suka tengok model2 Gio Fabric tu..walaupun diorg hanya peraga baju macam kurung moden, kurung pahang, kurung kedah mcm opah2 dok pakai tu, kebarung panjang tapi nampak baju tu jadi classy, sopan dan terletak elok. Mungkin feature model diorg kot yg bila pakai nampak camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 3-2-2026 10:20 PM

Baju zaman skrg kalau saiz XL tu dikurangkan 5mm -10mm dari saiz sebenar, sama spt spender saiz XL itu dah dah termasuk jahit tepi jadi sempit, sama juga seluar dan kain senteng cuba korang compare saiz XL zaman 20 tahun dulu mmg saiz skrg yg saiz dulu2 lagi besar, menipu aje spesis tipu timbangan tipu ukuran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Modelling bukan kerjaya shariah compliance in the first place pun kan

Tapi bila duk normalise model bertudung, as if naik taraf pulak
Tang penyanyi bertudung pun sama, bila ada cuba tegur ustaz tu kena kecam balik
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke? Tengok sekarang banyak yang jenis longgar dan oversized klasik kurung. Budak2 pun suka style macam tu. Jenis ketat macam nak tetas tu golongan retis yang kawan baik dengan setajah je banyak pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju tu tak ketat tp yg pakai tu saiz ngam2 ngn baju
Cth live host sunset clozet tu yaa tau badan kamu org saiz XS tp boleh je pakai baju saiz S supaya baju tu nampak loose skit tp idok nak gak pakai baju yg ngam2 ngn badan.
Aterr raya nnt tak makan ke? Baju oatutnya ada extra 2-3 inci bukannya 1cm pun takde.
Ngam2 sampai nak bernafas pun seksa.  Aku benci tgk pg raya org pakai baju ngam2 bebetul melekap kat badan tu sbb jap lg tghari perut dia jelas membuncit mcm 5 bulan pregnant nk cover dah tak boleh sbb baju ketat melekap pastu acah2 malu, dah ko yg  cerdik sgt pakai baju ngam2 tu dah kenaper!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5bhatt ji
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 2626 Replies : 0
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19207 Replies : 24
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3232 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 3839 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3941 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98bhatt ji
Views : 4041 Replies : 0
bhattji
akkuio98bhattji
Views : 4551 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.601313 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list