Remaja 16 tahun hilang selepas tidak hadir ke pusat tuisyen
Zuliaty Zulkiffli[email protected]

Nur Shifa Tasnim Zurni, 16, disedari hilang oleh ibunya selepas tidak hadir ke pusat tuisyen di Hutan Kampung. FOTO Ihsan Polis
Alor Setar: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas didapati tidak hadir ke sebuah pusat tuisyen di Hutan Kampung, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, remaja terbabit, Nur Shifa Tasnim Zurni disedari hilang oleh ibunya pada hari kejadian.
Beliau berkata, berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk memaklumkan kehilangan remaja berkenaan.
"Polis menerima laporan kehilangan remaja itu pada jam 3 petang, Sabtu lalu.
"Remaja itu mempunyai ketinggian 156 sentimeter (sm) dan memiliki berat badan 50 kilogram (kg) dan memiliki kulit cerah.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa boleh menyalurkan maklumat dengan tampil balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Noor Izwa Rohaizat di talian 04-7747222 bagi membantu siasatan, " katanya.
Disiarkan pada: Februari 2, 2026 @ 10:14pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318317/remaja-16-tahun-hilang-selepas-tidak-hadir-ke-pusat-tuisyen
|