CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28546|Reply: 6

Bersolek tebal tidak bermaksud wanita itu ada ciri ‘red flag’ – Erra Fazira

[Copy link]
Post time 3-2-2026 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Primadona tanah air, Erra Fazira, berpandangan, kecenderungan wanita untuk berhias dan bersolek, termasuk solekan tebal, tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak dalam menilai keperibadian, akhlak mahupun kelayakan seseorang sebagai pasangan hidup.

Pandangan itu disuarakan Erra bagi mengulas kenyataan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob, yang menasihatkan golongan lelaki agar lebih berhati-hati memilih pasangan dan menyifatkan wanita yang gemar bersolek tebal mempunyai ‘red flag’.



This Video May Soon Be Banned. Watch Before It's Deleted
Quantum Code

Segumpal cacing keluar dari badan anda pagi-pagi. Cubalah!
Detonorm.
Menurut Erra, setiap individu berhak mempunyai pandangan peribadi, namun ia tidak wajar digeneralisasikan sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap golongan tertentu, khususnya wanita.


“Pertama sekali, saya menghormati pandangan beliau. Itu adalah pendapat peribadi dan mungkin selera beliau lebih kepada wanita yang berimej semula jadi atau natural. Setiap orang ada cita asa masing-masing dan itu tidak menjadi satu kesalahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun begitu, Erra berpandangan bahawa mengaitkan solekan dengan karakter atau nilai dalaman seseorang adalah sesuatu yang tidak adil dan terlalu simplistik.

“Itu tidak bermaksud wanita yang bersolek tebal tidak mempunyai ciri-ciri wanita yang baik. Tidak semestinya begitu. Bila kita bercakap tentang solekan, itu hanyalah solekan luaran. Ia adalah satu bentuk penampilan, bukan ukuran hati budi atau akhlak seseorang.

“Bila kita nak samakan solekan dengan karakter, saya rasa itu kurang tepat. Karakter seseorang itu dibentuk melalui nilai hidup, cara berfikir, sikap dan pergaulan. Semua itu tidak boleh dinilai hanya dengan melihat luaran,” kata pemenang Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 itu.

Mengulas lanjut, Erra berkata istilah ‘red flag’ tidak seharusnya digunakan secara sewenang-wenangnya kerana ia membawa konotasi negatif yang berat.

“Red flag itu merujuk kepada sikap atau perlakuan yang benar-benar memberi kesan buruk, seperti tidak jujur, tidak menghormati pasangan, atau mempunyai nilai hidup yang tidak baik. Solekan tidak termasuk dalam kategori itu.

“Dalam kerjaya saya sendiri, ada ketika saya perlu bersolek tebal kerana tuntutan kerja. Itu sebahagian daripada profesionalisme. Tetapi ia tidak mencerminkan siapa saya di luar kamera, bagaimana saya sebagai ibu, sebagai isteri atau sebagai seorang individu,” katanya.

Selain itu, Erra turut menekankan bahawa realiti hari ini menyaksikan ramai wanita bekerja, berkerjaya dan terdedah kepada persekitaran profesional yang menuntut penampilan kemas dan berketerampilan.

“Wanita zaman sekarang bekerja, berjumpa ramai orang, memegang jawatan dan tanggungjawab. Solekan bagi sebahagian mereka adalah untuk keyakinan diri dan kesesuaian suasana, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

“Ada wanita yang bersolek tebal tetapi hati dan tingkah lakunya sangat baik. Dalam masa yang sama, ada juga yang kelihatan sopan dan sederhana, tetapi belum tentu akhlaknya seiring dengan penampilan. Kita tidak boleh menjadikan rupa sebagai penentu,” katanya.

Sehubungan itu, Erra menasihatkan agar masyarakat, khususnya golongan lelaki, mengambil pendekatan lebih matang dalam menilai seseorang wanita.

“Kenali dulu seseorang itu. Berbual, lihat cara dia berfikir, bagaimana dia melayan orang sekeliling, bagaimana dia mengurus emosi dan tanggungjawab. Jangan terus menghukum hanya kerana penampilan fizikal.

“Ada wanita yang sanggup bersolek, kemudian membersihkan wajah untuk solat dan bersolek semula selepas itu. Itu menunjukkan usaha dan kesedaran. Jadi, saya rasa tidak adil untuk meletakkan label negatif hanya kerana solekan,” ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 11:44 AM | Show all posts
setuju je apa erra cakap ni, especially bila komen pasal redflag tu datang dari lelaki yg kening dia pun berpantis and kelempokannya pun menjadi tanda tanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hannan_rayyan replied at 3-2-2026 11:44 AM
setuju je apa erra cakap ni, especially bila komen pasal redflag tu datang dari lelaki yg kening dia ...

Kan.. dengan bibir asyik muncung, kening terjungkit, rambut macam dubuk (ni ayat forumer benang sebelah), pastu posing tak nak kalah mentik... Suspicious nooks... Ke arah geng kelempok sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:26 PM | Show all posts
Terpaling chef tu pon solek sana sini, cukur sana sini, sampai nampak macam ponen, lagi nak kata pempuan solek tebal tu red-flag. Dia paham tak red-flag tu selalu refer untuk apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang lelaki memang suka bagi pendapat (yang takde siapa minta pun) pasal perempuan. Suka menyibuk hal-hal orang perempuan. Komen2 dari theyols lagi teruk.
Dan yang tak bestnya ada saja perempuan setuju dengan theyols. Contoh pasal ni. Mulalah ada perempuan2 yang cerita pasal diri sendiri yang memang tak solek tebal blablabla..

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
boudinniA replied at 3-2-2026 12:53 PM
Orang lelaki memang suka bagi pendapat (yang takde siapa minta pun) pasal perempuan. Suka menyibuk h ...

Pick me girl syndrome
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2026 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
boudinniA replied at 3-2-2026 12:53 PM
Orang lelaki memang suka bagi pendapat (yang takde siapa minta pun) pasal perempuan. Suka menyibuk h ...

Kan.

Ramai suka kata kononnya dia natural beauty sebab tak gunakan alat solek.
Masalahnya, dia tu tak beauty pun.
Dahlah tak beauty, tak nak lak pakai alat solek untuk enhance sikit sikit Paras dia yang biasa biasa tu.
Lagi nak ngata ngata pompan yang suka pada alat solek.
Ini kata kata pada pompan lah yang guna ayat general, tak suka bersolek sebab lebih gemarkan natural beauty.

Bukan pada sang lelaki dalam kes ni yang rambut dia pun bertompok tompok tu.
Mandi hadas pun tak sah, wuduk tak lut dek air. Ayoma.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.846387 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list