CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38472|Reply: 0

[Kedah] Lelaki Indonesia terharu kongsi pengalaman solat Subuh di Malaysia

[Copy link]
Post time 2-2-2026 02:05 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki Indonesia terharu kongsi pengalaman solat Subuh di Malaysia

NOOR AINON MOHAMED
01 Februari 2026 08:38pm





Seorang lelaki warga Indonesia meluahkan rasa terharu menerima sebungkus nasi lemak selepas selesai menunaikan solat Subuh di sebuah masjid




KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Indonesia meluahkan rasa terharu menerima sebungkus nasi lemak selepas selesai menunaikan solat Subuh di sebuah masjid, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan @ceritariki di TikTok, lelaki itu dilihat tersentuh hati apabila diberikan makanan kegemarannya untuk sarapan pagi.


"Solat subuh di Malaysia pulangnya dapat sarapan pagi.

"Terharu sangat kerana ini kesukaan saya, nasi lemak,” katanya sambil menahan sebak di dalam video yang dimuat naik pada Jumaat.


Sebelum itu, individu sama turut berkongsi rasa kagumnya apabila solat Subuh di sebuah masjid terasa seperti solat Jumaat.

"Parkir penuh, kereta penuh. Luar biasa berbondong-bondong ke masjid," katanya lagi.

Video yang memperoleh 239,000 tontonan bersama 10,400 tanda suka menerima pelbagai reaksi dan berkongsi pengalaman.

"Kalau Subuh di MADAD Sungai Petani, dapat duit kanak-kanak dan mak ayah boleh tinggalkan anak dan terus ke tempat kerja.

Akan ada bas MADAD akan hantar anak-anak ke sekolah terus," kata pemilik akaun Ankha.

"Masjid atau surau di Malaysia sentiasa ada orang bersedekah atau infaq," komen Mieshah


"Ada sesetengah tempat, budak budak yang pergi sembahyang Subuh disedekahkan duit RM5 seorang, jadi ramai budak-budak seronok bangun pagi-pagi pergi sembahyang Subuh," kata pengguna, Ashikin aris.

https://www.sinarharian.com.my/article/766399/berita/semasa/lelaki-indonesia-terharu-kongsi-pengalaman-solat-subuh-di-malaysia


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 1784 Replies : 2
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 808 Replies : 0
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 909 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1920 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2222 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3131 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3133 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 1.078417 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list