CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11703|Reply: 1

Isu global tidak dapat diselesaikan satu kuasa yang 'tentukan segala-galanya' - Setiausaha Agung (PBB), Guterres

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:18 AM | Show all posts |Read mode





NEW YORK: Masalah global tidak akan dapat diselesaikan oleh satu kuasa yang 'menentukan segala-galanya' atau dengan pembahagian dunia kepada lingkungan pengaruh yang bersaing.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada dominasi Amerika Syarikat (AS) dan China di pentas global.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada wartawan sempena permulaan tahun ke-10 dan terakhir beliau menerajui PBB.

"Masalah global tidak akan diselesaikan oleh satu kuasa yang menentukan segala-galanya," katanya, sambil menjelaskan kenyataan itu merujuk kepada AS.

Beliau menambah, isu global juga tidak akan dapat diselesaikan oleh dua kuasa besar yang membahagikan dunia kepada lingkungan pengaruh masing-masing.

Mengulas lanjut, Guterres berkata wujud pandangan mengenai masa depan dunia berpaksi kepada dua blok kuasa utama, iaitu satu berpusat di AS dan satu lagi di China.

"Jika kita mahukan dunia yang stabil, keamanan berkekalan serta pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh, dan akhirnya memastikan nilai sejagat terus dipertahankan, kita perlu menyokong sistem dunia yang mempunyai lebih daripada dua pusat kuasa utama," katanya.

Misi AS dan China ke PBB setakat ini tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk komen.

Presiden AS, Donald Trump, yang memulakan penggal keduanya tahun lalu, dilihat menghidupkan semula pandangan dunia lama yang ditolak sebahagian besar masyarakat antarabangsa, iaitu pembahagian pengaruh oleh kuasa besar.

Trump sebelum ini berikrar untuk mengembalikan dominasi AS di Hemisfera Barat.

Kenyataan Guterres itu dibuat seminggu selepas Trump melancarkan Lembaga Keamanan, yang pada awalnya bertujuan mengukuhkan gencatan senjata rapuh di Gaza, namun kini dijangka memainkan peranan lebih luas, satu pendekatan yang membimbangkan beberapa kuasa dunia.

"ada pandangan saya, tanggungjawab utama terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa terletak pada PBB, khususnya Majlis Keselamatan (UNSC)," katanya.

Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk reformasi UNSC, sambil menyifatkan kritikan terhadap keberkesanan PBB sering datang daripada pihak yang menentang pembaharuan institusi itu.

Penggal kedua Guterres turut dicemari pelbagai krisis besar termasuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine, kembalinya Taliban di Afghanistan, konflik di Sudan, perang Israel-Hamas di Gaza, penamatan perang saudara Syria serta penahanan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, oleh AS.

"Undang-undang antarabangsa semakin 'dipijak'. Kerjasama global semakin terhakis dan institusi pelbagai hala diserang dari pelbagai sudut," katanya.

"Budaya bebas daripada hukuman terus mencetuskan konflik, menyemarakkan ketegangan dan membuka ruang campur tangan pihak berkuasa dari segenap arah," katanya. – REUTERS


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia macam husband Michelle Yeoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.315616 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list