CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9787|Reply: 5

Warga asing 'keras kepala, terus berniaga walaupun diserbu berkali-kali - MPKS

[Copy link]
Post time 28-1-2026 03:52 PM | Show all posts |Read mode





Shah Alam: Tidak ambil peduli dengan operasi dan tindakan yang pihak berkuasa lakukan berkali-kali.

Itu sikap 'keras kepala' warga asing di daerah Kuala Selangor yang masih berdegil dengan menjalankan pelbagai perniagaan.

Buktinya, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) semalam melaksanakan operasi bersepadu di sekitar Bandar Puncak Alam dan Saujana Utama dengan kerjasama pelbagai agensi.

"Sebanyak 12 premis diperiksa merangkumi premis gunting rambut, pusat cuci kenderaan, kedai karpet, kedai perabot serta kedai runcit dan makan.

"Hasil pemeriksaan, lapan premis didapati beroperasi manakala empat premis tidak beroperasi.

"Tindakan penguatkuasaan diambil ke atas lapan premis membabitkan penutupan premis, pengeluaran kompaun serta notis atas pelbagai kesalahan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, pelanggaran syarat lesen, kesalahan kebersihan, kesalahan iklan tanpa lesen dan ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MPKS berkata, sebanyak 18 kompaun dan 11 notis dikeluarkan jabatan dan agensi terbabit.

Selain itu katanya, tindakan sitaan peralatan perniagaan turut dilakukan ke atas tiga premis membabitkan pelbagai peralatan perniagaan termasuk peralatan gunting rambut, peralatan cuci kenderaan dan peralatan penyediaan makanan.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2026 04:03 PM | Show all posts
keras kepala atas atau kepala bawah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penguatkuasa kena juga KERAS KAPLA....hari2  buat kerja@hari serbu selama mana gaji jln.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
So? Nak suruh rakyat ke yg raid diorg pula?? Kalau dah pihak berkuasa bg alasan mcm tu mcm korang takde kuasa je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Imigresen kena kutip la hanto balik negara ... Takpun hanto ke kedutaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 05:50 PM | Show all posts
Bodoh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.087825 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list