|
View: 16167|Reply: 33
|
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
[Copy link]
|
|
|
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini meluluskan penarikan balik permohonan tuntutan perceraian yang difailkan oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Ahmad Faizul Ashar, selepas permohonan penarikan balik dikemukakan oleh Nora hari ini.
Peguam syarie yang mewakili Dr Rushdi Ramli, Azmi Mohd Rais, berkata sebelum permohonan penarikan balik dibuat, Nora meletakkan beberapa syarat, antaranya tiada lagi gangguan daripada pihak ketiga.
Mahkamah kemudian meluluskan permohonan berkenaan dan menasihatkan Nora supaya memfailkan injunksi serta mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.
"Alhamdulillah, pada hari ini plaintif, Datuk Nora, menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan.
"Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, beliau memohon agar penarikan ini bersyarat, iaitu tiada gangguan daripada pihak ketiga.
"Justeru, Hakim Syarie meluluskan permohonan itu dan menasihatkan Datuk Nora bahawa beliau mempunyai hak untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga serta memfailkan kes gangguan di mahkamah sivil sekiranya perlu.
"Bagi pihak defendan pula, beliau sangat bersyukur dan bahagia dengan keputusan hari ini. Alhamdulillah," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, selepas prosiding selesai, pagi tadi.
Azmi berkata, anak guamnya turut berjanji akan menasihati pihak ketiga terbabit agar tidak lagi mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
Sementara itu, Dr Rushdi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang dibuat dan memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perkara berkenaan.
"Sebenarnya saya tidak tahu hendak komen banyak. Apa pun, itulah yang saya harapkan. Alhamdulillah.
"Datuk Nora bersedia menarik balik tuntutan ini dan insya-Allah saya akan melaksanakan syarat-syarat yang dinyatakan," katanya.
Dr Rushdi berkata, dia akan berusaha mengelakkan sebarang salah faham membabitkan pihak ketiga selepas ini.
"Kita perlu berusaha dan mengambil langkah sewajarnya. Sebagai suami, kita adalah ketua keluarga, bukan orang lain.
"Selepas ini saya akan lebih bertegas dan menjelaskan bahawa saya tidak mahu sebarang gangguan daripada mana-mana pihak. Itu adalah tuntutan agama dan perintah Allah SWT," katanya.
Terdahulu, pada 21 Oktober tahun lalu, mahkamah melantik hakam islah daripada panel mahkamah sendiri. Sebelum itu, menerusi pembentangan laporan hakam pertama, kedua-dua pihak melantik anak sulung lelaki mereka, Dr Muhammad Shakir dan Syakir Iman, sebagai wakil keluarga.
Pada 12 Ogos 2024, krisis rumah tangga Nora dan Dr Rushdi menjadi perhatian apabila Nora memuat naik video di Instagram yang memaparkan Dr Rushdi melafazkan cerai terhadapnya, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Rentetan itu, pelbagai dakwaan timbul sehingga mendorong Nora memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April tahun lalu.
Nora mengesahkan perkahwinannya dengan Dr Rushdi, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara, pada penghujung 2021.
Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawawi, pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas raya nanti mula la naik court lagi... Tak boleh nampak side lagi 1 aman |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ahai ke kanan lah ahai inilah desa yang tercinta ahai
tak habis lagi nekra ni. semoga baik baiklah untuk seterusnya
jangan bunyikkk lagi sudah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahah..kita tgk bulan Februari nanti  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg kaco dia.. sbb duk nmpk dia je yg byk brbunyi itu dn ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sebelum permohonan penarikan balik dibuat, Nora meletakkan beberapa syarat, antaranya tiada lagi gangguan daripada pihak ketiga.

nantikan drama seterusnya (sambil flip hair)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nek xnk raya sensorg kan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nora ni suara ok, aku minat dia tp sejak kes dia mendiva masa join pertandingan ape ek yg artis veteren2 ramai join tuh. haaa start situ aku x minat dah dia.. pahtu dia jd org ketiga dlm rumahtangga org lain tp cara dia tuh ehhh org lain plk org ketiga nk dia berpisah dgn lakinya. eh la aku dia ni luku kang kepala tu!
tua2 ni hidup aman damai dh la buat ape berebut pisang oiiiiii. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x abis lagi ...musim ke brapa daaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NuansaBiru at 27-1-2026 02:56 PM
Sanggup yer bazir duit beribu bayar loyar semata utk tunjuk kat pihak sana, yg jantan tu cinta mati sama kau, langsung taknak lepas
Memang dari asal pun taknak bercerai kan?
Saiko pompuan nih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah sondol laki org lg mau play victim. Sama biol mcm laki kecut dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nak menopos pun heboh berebut banana lebam.. Serabut  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ok tahniah dato nora, krn pak ostad x sagup lepaskan dato, bukti dato dah menang, dah puas hati kan, lps ni jgn gagu ank tiri ya, jgn perli2 hidupla dgn tenang sambil mngulit terung kecut ya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua pun duk main main kahwin pondok pondok masak masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya memang ok ok jek dia dengan suami tu, baru nampak hari tu dia org berdua dengan anak2 cucu nora happily bercuti new year atas cruise
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Org ke3 tu kau Nekbantat oiiii.. Kau tak nak org ke3 (anak tiri la tuuu) kacau kau, kau jangan kacau diaorg .dasar bantattt |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi tiga bulan bila nama dah kembali tak dibualkan, sheols pasti kembali dengan berita nak bercerai balik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasibla dpt anak tiri gitu
Kalau dulu dulu dah kena dera dah |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|