CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21293|Reply: 2

“Cinta Dia Sangat Besar” – Dr Hana Sifatkan Pablo Amirul Lelaki Setia

[Copy link]
Post time 26-1-2026 10:51 AM | Show all posts |Read mode





Doktor pakar kecantikan, Dr Hana Rose menyifatkan bakal suami iaitu pelakon Pablo Amirul seorang lelaki yang setia.

Memetik Oh Bulan, Hana berkata tidak mudah untuk bertemu dengan lelaki yang tepat, namun dia melihat cinta Pablo untuk dirinya sangat besar.

Malah, ada insiden berlaku yang membuat hatinya tersentuh dan kebaikan Pablo memberi keyakinan kepadanya untuk menjadi isteri palakon berkenaan.

“Mencari Mr Right tidak mudah. Apa yang membuatkan saya yakin adalah cinta Pablo sangat besar dan setia. Ada satu momen di Itali yang membuatkan saya tersentuh di mana Pablo sanggup berkaki ayam selama tiga jam.

“Saya pakai kasut tumit tinggi hampir lapan jam dan Pablo bagi saya pinjam kasutnya kerana kaki saya sudah sakit,” katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai persiapan perkahwinan mereka pada Februari depan, Hana berkata segala persiapan diserahkan kepada bakal suaminya.

“Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Semuanya saya serahkan kepada pilihan Pablo, kerana kalau boleh saya tidak mahu bebankan dia.

“Saya hanya mahu hari bahagia ini diraikan bersama keluarga dan sahabat yang berada si samping saya ketika susah dan senang.

“Walaupun jadual kami padat, Alhamdulillah ada pasukan yang sangat membantu di belakang kami. Terharu apabila mereka sanggup terbang dari Sabah, Labuan dan Sarawak, sebab bukan semuanya orang senang,” katanya.

Sumber: Oh Bulan, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pegi italy pakai tumit tinggi 8 jam?? bodo
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi disiang hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.751985 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list