CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19369|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan hanya lihat aspek negatif pelaksanaan Tahun Satu pada usia enam tahun - Anwar

[Copy link]
Post time 24-1-2026 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-1-2026 09:12 PM

Jangan hanya lihat aspek negatif pelaksanaan Tahun Satu pada usia enam tahun - Anwar

Oleh BERNAMA - Januari 24, 2026 @ 8:38pm





Anwar melawat dan mendengar taklimat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin pada Majlis Pelancaran Galeri Arkeologi Guar Kepah di sini hari ini. - Foto BERNAMA



KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah kerajaan melaksanakan kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun secara sukarela mulai tahun hadapan tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu mesti dilihat dalam konteks meningkatkan mutu pendidikan negara terutama dalam memberikan pendedahan awal persekolahan kepada murid.

"Saya lihat kebanyakan negara di dunia mula darjah satu pada umur enam tahun... bila kita buat di sini, riuh rendah... ada orang kata enam tahun itu belum bersedia... patut belajar al-Quran dulu, dan sebagainya.

"Saya nak beritahu mengapa kita bawa perubahan ini... kita mula tahun depan... tahun ini, kalau anak kita umur lima tahun, hantar dia cepat ke prasekolah, siap untuk satu tahun," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Galeri Arkeologi Guar Kepah di sini hari ini.

Anwar juga berkata, sekiranya kanak-kanak diberikan peluang dan pendedahan awal, mereka mampu menjadi pelajar yang lebih pintar seterusnya mengangkat negara menjadi lebih hebat.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Galeri Arkeologi Guar Kepah perlu dimanfaatkan sepenuhnya melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan program bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, galeri itu juga harus menjadi platform untuk menarik minat golongan muda mempelajari sejarah dan arkeologi, seni serta budaya.

Anwar turut mencadangkan agar, dengan kerjasama kerajaan negeri, kawasan sekitar galeri itu dapat diperluas bagi membolehkan potensi setempat dimanfaatkan sepenuhnya.

Galeri Arkeologi Guar Kepah adalah sebuah fasiliti canggih dibina di tapak ekskavasi shell midden (timbunan kerang prasejarah), menjadikan penemuan arkeologi penting sebagai aset warisan awam yang dinamik.

Galeri itu dibangunkan melalui kerjasama strategik yang diterajui oleh Wilayah Ekonomi Koridor Utara bersama-sama Universiti Sains Malaysia dan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Turut hadir, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1500987/jangan-hanya-lihat-aspek-negatif-pelaksanaan-tahun-satu-pada-usia





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038032 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list