CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36439|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ada ganjaran lapor cubaan sogok libatkan penjawat awam

[Copy link]
Post time 21-1-2026 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Karunanithy (dua dari kiri) ketika menghadiri Program Dialog Antirasuah Kerjasama Antara SPRM Pulau Pinang dan MBPP di George Town, hari ini.





Ada ganjaran lapor cubaan sogok libatkan penjawat awam



  • Oleh KOSMO!
  • 21 Januari 2026, 6:43 pm




GEORGE TOWN – SPRM Pulau Pinang menggalakkan penjawat awam khususnya di unit penguat kuasa untuk tampil membuat laporan sekiranya ada unsur-unsur penyogokan ketika menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy berkata, langkah itu selaras dengan usaha SPRM memperkasakan penguatkuasaan di semua peringkat bagi memastikan penjawat awam berani menolak rasuah.

“Kerajaan telah menyediakan garis panduan ganjaran (reward) bagi penjawat awam yang melaporkan cubaan penyogokan.

Ganjaran ini harus digunakan sepenuhnya untuk membendung amalan rasuah,” katanya selepas Program Dialog Antirasuah Kerjasama Antara SPRM Pulau Pinang dan MBPP di Komtar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Karunanithy berkata, mengenai aduan rasuah sepanjang 2025, SPRM Pulau Pinang menerima kurang daripada lima laporan rasmi berkaitan cubaan penyogokan terhadap penjawat awam.

Selain itu, katanya, agensi itu turut menerima 37 maklumat berkaitan salah laku daripada MBPP, termasuk laporan daripada pelbagai unit penguat kuasa, menunjukkan perlunya penjawat awam lebih berani membuat laporan.

“Dari segi tangkapan, sebanyak lima tangkapan telah dibuat setakat tahun lalu, namun kesemua kes masih dalam proses untuk dibawa ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, dalam program itu juga, SPRM melancarkan e-flyer Mutiara SPRM Pulau Pinang yang juga satu inisiatif digital untuk menyebarkan mesej pencegahan rasuah secara lebih meluas kepada penjawat awam dan masyarakat.

“E-flyer ini akan dikeluarkan setiap bulan melalui platform seperti WhatsApp dan dilengkapi QR code bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada ketua jabatan serta pegawai bawahannya.

“Pendekatan digital ini adalah satu cara proaktif untuk memastikan mesej anti-rasuah sampai ke semua lapisan masyarakat dan mudah diakses oleh penjawat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/21/ada-ganjaran-lapor-cubaan-sogok-libatkan-penjawat-awam/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.807978 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list