CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3426|Reply: 0

[Kedah] 'Tiada masalah usia 16 tahun duduki SPM' - Fadhlina

[Copy link]
Post time 21-1-2026 03:01 PM | Show all posts |Read mode
'Tiada masalah usia 16 tahun duduki SPM' - Fadhlina

Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Norazura Abdul Rahman - Januari 21, 2026 @ 2:27pm





Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak prasekolah pada Program PAKAT Prasekolah Peringkat Negeri Kedah di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di sini hari ini. - Foto BERNAMA



ALOR SETAR: Murid berusia enam tahun yang memasuki Tahun Satu pada 2027 dijangka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 16 tahun sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sedang dilaksanakan bagi pelajar di Akademi Sains Pendang apabila mereka menduduki SPM lebih awal.

Berikutan itu, beliau tidak melihat masalah bagi kanak-kanak enam tahun yang bakal memasuki Tahun Satu pada tahun hadapan, untuk menduduki peperiksaan SPM pada usia 16 tahun.

"Tiada masalah. Dasar pendidikan masih sama iaitu sekolah rendah selama enam tahun dan menengah lima tahun.

. Kalau dasar baharu ini dilaksana masih tetap sama tempoh persekolahan itu.

"Jadi, pelajar akan ambil SPM pada umur 16 tahun dan memang sudah ada anak-anak kita ambil pada umur itu di Akademi Sains Pendang.

Jadi bukan benda baharu kerana kita sudah ada pengalaman.

"Ini kerana, ada anak-anak kita yang sudah bersedia lebih awal daripada umur dia," katanya pada sidang media selepas hadir Program PAKAT Prasekolah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keperluan meletakkan pembantu guru untuk membantu guru yang mengajar Tahun Satu pada usia enam tahun, beliau berkata, pembantu guru akan diletakkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid ramai.

"Sistem sekolah masih ikut sekolah arus perdana, jadi jangan risau sebab guru memang sudah terlatih untuk dia mengajar dan mendidik murid pada usia enam tahun ini.

"Ini bukan benda asing, ia berlaku di seluruh dunia dan ia boleh memberikan kita satu lagi keyakinan bahawa tidak ada anak yang tercicir dalam sistem pendidikan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1499516/tiada-masalah-usia-16-tahun-duduki-spm-fadhlina





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.325788 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list