CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah sita 12,100 liter minyak diesel dalam serbuan di dua lokasi

[Copy link]
Post time 21-1-2026 12:28 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Kedah sita 12,100 liter minyak diesel dalam serbuan di dua lokasi

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Pegawai KPDN melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang disyaki menyeleweng minyak dalam serbuan di  Kampung Permatang Gedong. FOTO IHSAN KPDN




Sungai Petani: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bersama KPDN Cawangan Sungai Petani dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan serbuan di dua lokasi yang disyaki berlaku penyelewengan minyak diesel di Kampung Permatang Gedong, di sini, kelmarin.

Serbuan dilakukan Isnin lalu sekitar jam 2 petang itu berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan KPDN Kedah.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya mengesan sebuah lori membuat pengisian minyak diesel di stesen minyak di kawasan itu.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas lori itu menemukan sejumlah minyak diesel berada di dalam dua buah tangki IBC.

"Susulan daripada itu, KPDN Kedah kemudiannya membuat serbuan ke atas sebuah stor yang disyaki menjadi tempat pengumpulan dan penyimpanan minyak diesel berhampiran kawasan.

"Kita turut menyita minyak diesel dianggarkan sebanyak 12,100 liter dengan nilai RM 34,364 dan sebuah lori serta dua unit tangki IBC dan peralatan berkaitan untuk siasatan lanjut.

"Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM111,500 dan seorang lelaki tempatan yang berusia antara 20 - an ditahan untuk siasatan lanjut, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Nizam berkata, dua kes terbabit disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan individu.

Beliau berkata, bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan syarikat pula, denda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM5 juta.

"KPDN ingin mengingatkan mana-mana orang yang cuba menyalah gunakan barang kawalan akan diambil tindakan tegas serta amat mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan dari orang awam berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan terutamanya barang kawalan bersubsidi.

"KPDN akan terus mempergiatkan pemeriksaan dan operasi selaras inisiatif 'Kita Gempur," katanya.

Muhammad Nizam berkata, KPDN Kedah juga mengalu-alukan aduan awam dan telah menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan orang awam mengemukakan aduan lengkap melalui saluran berikut iaitu WhatsApp 019-848 8000; Call Centre 1-800-886-800; Laman Sesawang https://eaduan.kpdn.gov.my; dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.



Disiarkan pada: Januari 21, 2026 @ 11:34am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1313457/kpdn-kedah-sita-12100-liter-minyak-diesel-dalam-serbuan-di-dua-lokasi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.041111 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list