CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 38|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Audi lancar R26, sasar takhta F1 2030

[Copy link]
Post time 21-1-2026 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Audi lancar R26, sasar takhta F1 2030

AFP




AUDI perkenalkan jentera yang akan digunakan untuk musim 2026. -FOTO AFP



Paris: Pengeluar dari Jerman, Audi, yang bakal membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) musim ini selepas mengambil alih pasukan Sauber, memperkenalkan jentera satu tempat duduk pertamanya semalam sambil mengisytiharkan sasaran untuk "memenangi kejuaraan menjelang 2030".

Rekaan livery jentera yang dinamakan Audi R26 tampil dengan warna kelabu sebagai tona utama, dihiasi logo empat cincin jenama Jerman itu berwarna merah pada sayap belakang, dan direka dengan matlamat untuk menjadi "paling elegan dan menyerlah di grid".

Dua pemandu Sauber musim lalu, Nico Huelkenberg dan Gabriel Bortoleto, kekal bersama pasukan itu pada 2026 susulan proses penjenamaan semula.

"Peraturan 2026 mencipta detik paling tepat untuk menyertai Formula Satu," kata ketua projek, Mattia Binotto.

Ketua pasukan, Jonathan Wheatley, pula berkata: "Jentera ini adalah manifestasi fizikal ribuan jam kerja keras oleh sekumpulan individu berbakat besar di seluruh fasiliti kami.

"Hari ini, kami memulakan perjalanan ini dengan rasa bangga yang tinggi, namun dalam masa sama penuh rendah diri.

Ini baru hari pertama bagi kempen jangka panjang. Misi kami adalah menyemai DNA kejuaraan dalam setiap inci pasukan ini.

"Kami mahu membina budaya ketahanan, ketepatan dan rasa ingin tahu tanpa henti, di mana kami tidak pernah berhenti mencari prestasi.

"Bagi semua di sini, keterujaan datang daripada cabaran ini: membina pasukan yang semakin kuat pada setiap pusingan, setiap sesi penilaian dan setiap perlumbaan.

Kami akan menterjemahkan cita-cita jangka panjang ini ke realiti di litar, hari demi hari, keputusan demi keputusan."

Seperti 10 pasukan F1 lain, jentera baharu ini akan menjalani ujian sulung di litar minggu depan dalam sesi tertutup di Litar Barcelona-Catalunya.



Disiarkan pada: Januari 21, 2026 @ 11:02am

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2026/01/1313441/audi-lancar-r26-sasar-takhta-f1-2030




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074787 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list