CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 42|Reply: 0

[Sarawak] Sudah tiga minggu tiada air di Kampung Punang

[Copy link]
Post time 21-1-2026 08:49 AM | Show all posts |Read mode
PKR Cabang Lawas minta campur tangan kerajaan selesai segera ketiadaan air bersih dihadapi penduduk kampung



ZAHID

LAWAS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lawas meminta campur tangan kerajaan melalui agensi kerajaan untuk menyelesaikan segera ketiadaan air bersih yang dihadapi penduduk Kampung Punang dekat sini sejak tiga minggu lepas.

Ketuanya Zahid Matserudin berkata, pihaknya turut menerima aduan mengenai isu ketiadaan bekalan air yang berlarutan di Kampung Punang sejak tiga minggu lepas.

“Keadaan ini telah memberi kesan kepada urusan harian penduduk khususnya dari segi keperluan asas seperti kegunaan domestik, kebersihan dan aktiviti seharian.

"Isu bekalan air merupakan perkara penting yang memerlukan perhatian berterusan dan tindakan berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan katanya, pembinaan tangki aras tinggi (HLWT) sedang dalam proses pelaksanaan sebagai penyelesaian jangka panjang.



Tangki air aras tinggi yang dalam pembinaan.

“Sehubungan itu, adalah penting agar penyelesaian sementara dilaksanakan secara berkesan bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan air kepada penduduk sementara menunggu projek tersebut disiapkan,” tegasnya.

Katanya, langkah penyelesaian sementara perlu dilaksanakan bagi menangani masalah itu yang membelenggu rakyat, antaranya penghantaran air secara berjadual yang lebih kerap dan teratur khususnya ke kawasan yang terjejas teruk.

Katanya, adalah perlu untuk menyediakan tangki air statik atau tangki simpanan sementara di lokasi strategik untuk kegunaan penduduk.

“Penyampaian maklumat yang jelas dan konsisten kepada penduduk perlu dilaksanakan secara berkesan termasuk berkaitan jadual penghantaran air dan status semasa bekalan.

“Saya berharap agar Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak serta pihak berkaitan dapat meneliti dan melaksanakan langkah-langkah sementara ini dengan lebih berkesan, di samping mempercepat usaha penambahbaikan sistem bekalan air sedia ada,”ujarnya.

Menurutnya, bekalan air bersih merupakan keperluan asas rakyat dan pendekatan menyeluruh yang merangkumi penyelesaian sementara serta perancangan jangka panjang amat penting bagi memastikan kesejahteraan penduduk setempat.

“Saya akan terus memantau perkembangan isu ini dan menyokong usaha ke arah penyelesaian yang menyeluruh demi kepentingan penduduk Kampung Punang,” ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.363063 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list