CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Kedah] The Next Factor optimis pertahan gelaran

[Copy link]
Post time 21-1-2026 01:01 AM | Show all posts |Read mode
The Next Factor optimis pertahan gelaran

Oleh Hamzah Osman - Januari 20, 2026 @ 12:24pm





The Next Factor tekad mempertahankan kejuaraan RLIR 2026 yang bermula hari ini.



LANGKAWI: Juara bertahan, The Next Factor bertekad mempertahankan kejuaraan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2026 yang bermula di perairan Langkawi, hari ini.

Jurumudi pasukan, Rolf Heemskerk berkata, persaingan kali ini dijangka lebih sengit dengan penyertaan tiga pasukan lain, Alive, Rama Rama VG dan Blitz dalam kategori utama, Racing.

"Kami akan beri yang terbaik dan fokus satu perlumbaan demi satu perlumbaan kerana setiap perlumbaan amat penting," katanya.

Heemskerk berkata, Blitz kekal pencabar utama berikutan memiliki penarafan dan kekuatan hampir setara, selain Allrides serta Rama Rama VG dari Royal Selangor Yacht Club yang turut berpotensi mencabar.

"Kemenangan dalam Kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor dan Kejohanan Regata King's Cup memberi keyakinan bahawa kami mampu mengulanginya di Langkawi," katanya.

Pada edisi tahun lalu, The Next Factor meraih keseluruhan 15 mata sekali gus menjulang Trofi Cabaran Perdana Menteri.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/01/1498976/next-factor-optimis-pertahan-gelaran





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.133006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list