CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48|Reply: 0

[Pulau Pinang] ‘Orang Penang tidak pernah menghampakan’

[Copy link]
Post time 20-1-2026 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Tangkap layar penunggang membantu membonceng kanak-kanak selepas motosikal ibu mereka rosak di Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas.





‘Orang Penang tidak pernah menghampakan’



  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI
  • 20 Januari 2026, 12:11 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




GEORGE TOWN – Video tular memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang membonceng tiga kanak-kanak lelaki ketika motosikal ibu mereka mengalami kerosakan telah mengundang rasa sedih dan terharu dalam kalangan pengguna media sosial.

Kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, di sini itu dikatakan berlaku semasa wanita tersebut dalam perjalanan selepas mengambil anak-anaknya pulang dari sekolah yang terletak di Jalan Tengah.

Menerusi hantaran dan video yang dimuat naik di Facebook Penang Kini, kelihatan seorang lelaki memberhentikan motosikal sebaik terserempak dengan empat beranak di tepi laluan utama sebelum beberapa pengguna jalan lain turut sama menghulurkan bantuan membonceng kanak-kanak tersebut hingga ke sebuah bengkel yang terletak di Sungai Tiram.

“Dalam perjalanan pulang, nampak kakak ni tolak motosikal dengan berjalan di tepi jalan, risau dengan kereta banyak (balik kerja), jadi kita bantu mana yang boleh bantu.

“Bawakan anak dia pi (pergi) kedai motor terdekat.

Kadang ujian Allah ni datang dengan banyak cara.

Insya-Allah…mana boleh bantu kita bantu.

“Thanks (terima kasih) juga geng lori (baju oren) mai (datang) bantu juga mudahkan urusan,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna pengguna media sosial turut meninggalkan komen positif selain memuji tindakan sekumpulan pengguna motosikal terbabit.

“Terima kasih buat abang-abang yang tidak tinggalkan kaum ibu yang dalam kesempitan.

Moga Allah membalas segala jasa,” komen Siti Aishah Abu Osman.

“Terima kasih orang-orang baik.

Jarang saya komen dekat hantaran sesiapa, tapi kali ini betul-betul sebak tengok pertolongan daripada insan-insan berhati mulia.

Alhamdulillah…semoga Allah permudahkan urusan kalian semua,” balas Nurul Najaha.

“Alhamdulillah…orang Penang tak pernah menghampakan.

Saya pun pernah habis minyak ada brother (abang) ni nak pi market (pasar) dan patah balik.

Terima kasih kerana mempunyai hati yang baik,” komen Cik Fiqa. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/20/orang-penang-tidak-pernah-menghampakan/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.438980 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list