CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 39|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik kandas pusingan pertama

[Copy link]
Post time 20-1-2026 11:12 PM | Show all posts |Read mode
AARON (kanan) dan Wooi Yik menerima kejutan apabila tersingkir di pusingan pertama Indonesia Masters hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON





Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik kandas pusingan pertama



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 20 Januari 2026, 5:08 pm




KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal menepati ramalan sebagai pilihan utama apabila tersingkir daripada Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Istora Senayan sebentar tadi, gandingan No.2 dunia itu tewas 22-20, 19-21, 16-21 kepada beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.

Walaupun dianggap sebagai pilihan, namun Aaron-Wooi Yik tidak berdepan laluan mudah apabila diberikan tentangan sengit wakil Eropah itu, namun masih mampu memenangi set pertama.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengekalkan momentum tersebut dalam dua set berikutnya apabila tewas 19-21, 16-21, sekali gus kempunan untuk meneruskan kemaraan.

Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan ketiga berturut-turut buat bekas juara dunia itu selepas mengharungi dua kejohanan sebelum ini pada Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Turut tersingkir di pusingan pertama adalah beregu wanita, Carmen Ting-Ong Xin Yee yang tewas 19-21, 18-21 kepada pasangan Jepun, Kaho Osawa-Mai Tanabe.

Sementara itu, gandingan profesional, Choi Sol Gyu-Goh V Shem meneruskan kemaraan selepas membenam cabaran gandingan Thailand, Kittinupong Kedren-Lucas Ekarat Wedler 24-26, 21-19, 21-13. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/20/indonesia-masters-aaron-wooi-yik-kandas-pusingan-pertama/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:11 PM GMT+8 , Processed in 1.557398 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list