CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 287|Reply: 2

[Tempatan] Remaja antara 14 individu didakwa merusuh, guna senjata

[Copy link]
Post time 20-1-2026 05:02 PM | Show all posts |Read mode


Remaja antara 14 individu didakwa merusuh, guna senjataSeramai 14 orang didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di Sungai Petani, hari ini atas pertuduhan merusuh serta menggunakan senjata pada 9 dan 10 Januari lalu. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman




SUNGAI PETANI: Seramai 13 lelaki dan seorang wanita didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan merusuh serta menggunakan senjata dalam dua kejadian pada 9 dan 10 Januari lalu.

Di Mahkamah Majistret 3, tujuh lelaki dan seorang wanita didakwa merusuh serta memiliki kayu dan batu dalam kejadian di Padang Taman Sutera pada 9 Januari lalu.

K Sanmugam, 48; R Kumaravelu, 19; S Ambaselvam, 19; M Sivakumar, 21; S Muneswar, 20; S Tevam, 24; S Thevani, 25; dan seorang remaja berusia 17 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menyertai rusuhan di padang berkenaan pada jam 4 petang, dengan memiliki kayu dan batu yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Noor, manakala semua tertuduh diwakili peguam S Vikneshwaran dan S Arvind.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 seorang berserta seorang penjamin dan menetapkan 22 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Di Mahkamah Majistret 2, enam lelaki didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Radzi.

V Rishitaram, 27; R Harihavan, 27; A Dineshkumar, 28; V Mathilagan, 27; S Vaveendran, 33; dan K Gotham, 21, didakwa melakukan kesalahan kerana menyertai rusuhan dan menggunakan topi keledar, parang dan sebuah kereta sebagai senjata.

Mereka didakwa mencederakan S Thevani dan S Tevan di Jalan Utama Taman Songketjam 5 pagi, 10 Januari lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Adlin Saffiya Kamarulzaman, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,500 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Februari depan bagi tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengamok pasaipa??
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ane lagi......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 1.392655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list