CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40|Reply: 0

[Sarawak] Vanu bincang cadangan penubuhan pejabat konsulat Singapura di Kuching dengan TYT

[Copy link]
Post time 20-1-2026 01:02 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bergambar bersama Vanu (kiri) sambil diringi Fenny. - Gambar Penerangan

KUCHING: Cadangan penubuhan pejabat konsulat Singapura pertama di Malaysia Timur dengan Kuching sebagai lokasi pilihan antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon terhadap Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Penubuhan konsulat Singapura itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan menyediakan sokongan konsular kepada warganya di Malaysia Timur.

Selain itu, kunjungan hormat berkenaan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi serta bertukar pandangan dan cadangan dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala, termasuk dalam sektor pelancongan.

Hadir sama Pengarah Kementerian Luar Negeri Malaysia Pejabat Wilayah Sarawak Dato Fenny Nuli, Kaunselor (Politik) Charlene Chan dan Setiausaha Kedua (Politik) Valerie Lim.

Vanu serta rombongan turut dijadualkan mengadakan kunjungan terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sebelah petang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 1.086723 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list