CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 45|Reply: 0

[Negeri Sembilan] SPRM serah 16 unit penyaman udara kepada sekolah angkat MADANI

[Copy link]
Post time 20-1-2026 07:38 AM | Show all posts |Read mode

AZAM menyampaikan replika alat kawalan penyaman udara kepada Pengetua SMK Senawang, Zainal Abidin Hamzah tanda penyerahan 16 penyaman udara kepada sekolah itu. FOTO Ihsan SPRM

Senawang: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang, di sini menerima 16 unit penyaman udara bernilai RM179,600 daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Program Sekolah Angkat MADANI.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Program Sekolah Angkat MADANI menunjukkan pendekatan kerajaan yang holistik dan berimpak, selaras aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, kemajuan, kemanusiaan dan integriti.

Katanya, SMK Senawang dipilih sebagai salah sebuah sekolah di bawah program itu yang dibuat berdasarkan potensi, keperluan serta peranan strategiknya dalam melahirkan murid berilmu, berdisiplin dan berdaya maju.

"Kemudahan fizikal yang baik merupakan salah satu elemen penting dalam menyokong keberkesanan sistem pendidikan, selain meningkatkan tumpuan, motivasi dan kesejahteraan murid serta warga sekolah.

"Kejayaan sebenar sesebuah sekolah dan masa depan murid-murid ditentukan oleh sikap, disiplin, komitmen serta nilai yang dibudayakan secara konsisten," katanya pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Angkat MADANI dan Program Penetapan Target Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Dewan Seri Delima, SMK Senawang, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail; Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Putra Hashim; Pegawai PPD Seremban, Norazam Nayan dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Senawang, Marzuki Ab Manap.

Sementara itu, Pengetua SMK Senawang Zainal Abidin Hamzah dalam ucapan aluannya amat berbesar hati kerana sekolah ini terpilih sebagai sekolah angkat MADANI dan berterima kasih diatas sumbangan bagi tujuan keselesaan pelajar.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.143702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list