CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 52|Reply: 1

[Kedah] Dua lori berlanggar depan sekolah, seorang pemandu parah

[Copy link]
Post time 20-1-2026 04:45 AM | Show all posts |Read mode
Dua lori berlanggar depan sekolah, seorang pemandu parah

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Januari 2026 06:28pm













TASEK GELUGOR – Seorang pemandu lori cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah lori di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Gelugor, Jalan Permatang Berangan, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.22 petang itu, kemalangan melibatkan dua lori jenis Hino yang dipercayai berlanggar antara satu sama lain.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam digerakkan ke lokasi kejadian sebagai bantuan.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 3.44 petang selepas menempuh jarak kira-kira 12 kilometer,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang pemandu lori berusia 36 tahun tersepit di dalam kenderaan dan mengalami kecederaan parah.

"Bagaimanapun, mangsa telah dikeluarkan lebih awal oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

Seramai enam anggota bomba termasuk seorang penyelia terlibat dalam operasi tersebut dengan menggunakan sebuah jentera FRT," ujarnya.

Tambah beliau, setelah memastikan keadaan di lokasi berada dalam keadaan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.36 petang.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

https://www.sinarharian.com.my/article/764701/berita/semasa/dua-lori-berlanggar-depan-sekolah-seorang-pemandu-parah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2026 04:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.975028 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list