CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lubang benam muncul di taman perumahan

[Copy link]
Post time 20-1-2026 04:05 AM | Show all posts |Read mode
Lubang benam muncul di taman perumahan

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Januari 2026 09:31pm





Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di di taman perumahan, lorong sisi Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas.





GEORGE TOWN – Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di di taman perumahan, lorong sisi Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas pada Isnin menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup sepenuhnya sebagai langkah keselamatan.

Laluan berkenaan akan ditutup selama enam hari bermula Isnin sehingga 25 Januari ini demi keselamatan awam.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9.30 pagi melibatkan lubang berukuran kira-kira dua meter panjang dan lebar serta sedalam 1.7 meter.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, kejadian berlaku dalam keadaan cuaca panas dan tidak melibatkan laluan utama jalan berkenaan.

“Status laluan ketika ini ditutup sepenuhnya bagi lorong sisi sahaja manakala jalan utama masih boleh digunakan seperti biasa dan tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Sehubungan itu, JKR Pulau Pinang berkata, tindakan awal telah diambil dengan memasang penghadang plastik di kedua-dua arah laluan bagi menghalang pergerakan kenderaan ke kawasan terjejas.

"Selain itu, kerja-kerja pengorekan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian lubang benam berkenaan.


“Punca kejadian masih dalam siasatan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan keselamatan dan menggunakan laluan yang dibenarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/764715/edisi/utara/lubang-benam-muncul-di-taman-perumahan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.613522 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list