CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 48|Reply: 0

[Sabah] Lelaki ugut ibu guna parang ditahan polis

[Copy link]
Post time 19-1-2026 03:22 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Lelaki warga asing terbabit ditahan bersama senjata tajam.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai mengugut ibunya dengan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Vietnam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah malam apabila suspek yang juga anak mangsa bertindak agresif akibat perselisihan keluarga.

Katanya, suspek berusia 30-an membawa sebilah parang dan lastik selain merosakkan dinding rumah, menyebabkan ibunya yang berusia 60-an berasa takut dan terancam.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jasmin berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya menahan suspek kira-kira jam 4.30 petang di hadapan sebuah rumah di kawasan berkenaan.

“Polis turut merampas sebilah parang bersarung yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengawal emosi ketika berdepan masalah keluarga dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian yang boleh mengancam keselamatan diri serta keluarga.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 1.451578 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list