CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

[Kedah] Pemandu van Thailand didakwa langgar gadis hingga maut di lampu isyarat

[Copy link]
Post time 19-1-2026 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu van Thailand didakwa langgar gadis hingga maut di lampu isyarat

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
19 Januari 2026 01:20pm





Yusof dituduh memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian Fatin Nursyafikah pada Khamis lalu.





JITRA - Seorang pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yusof Senkonam, 60, memandangkan dia tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 15 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Februari depan bagi mendapatkan jurubahasa Thailand sementara tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah van yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh.

Kemalangan menyebabkan Fatin Nursyafikah dari Kampung Bukit Beruas di sini meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

https://www.sinarharian.com.my/article/764649/berita/semasa/pemandu-van-thailand-didakwa-langgar-gadis-hingga-maut-di-lampu-isyarat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.059938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list