CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 49|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengamuk ugut adik, serang abang diberkas

[Copy link]
Post time 19-1-2026 03:03 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas bertindak agresif mengugut mencederakan adik perempuannya serta menyerang abang kandungnya dalam kejadian di Kampung Rancangan Ranggu, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila suspek warga tempatan berusia 27 tahun dipercayai mengamuk selepas ditegur bapanya.

Katanya, suspek bertindak lebih agresif apabila mengambil sebatang penyapu dan melibas ke arah abang kandungnya berusia 41 tahun, namun tidak mengenai mangsa.

“Suspek kemudian menumbuk abang kandungnya ketika mangsa keluar untuk melihat keadaan bapa mereka.

“Suspek turut mengeluarkan ugutan untuk membunuh adik perempuannya menyebabkan mangsa berasa terancam lalu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jasmin berkata, siasatan awal mendapati suspek sering bertindak agresif dan mengamuk setiap kali ditegur oleh ahli keluarga.

Menurutnya, susulan laporan diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau berjaya memberkas suspek kira-kira jam 6.15 petang di hadapan rumahnya.

“Suspek dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan keluarga dan masyarakat, selain memberi amaran tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:14 PM GMT+8 , Processed in 1.242736 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list