CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26|Reply: 0

[Sarawak] Kontraktor di Sarikei rugi RM460,000 terperdaya pelaburan dalam talian tidak wujud

[Copy link]
Post time 19-1-2026 11:10 AM | Show all posts |Read mode


SARIKEI: Seorang kontraktor mengalami kerugian RM460,000 setelah ditipu dalam kes penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, mangsa lelaki berusia 50 tahun, dikatakan tertarik dengan satu iklan berkaitan dengan pelaburan yang mudah dan menguntungkan dalam laman sosial Facebook.

“Mangsa telah menekan pautan iklan terbabit dan telah dibawa ke satu group WhatsApp yang bernama ‘65 EP’  yang bertujuan mengajar dan menerangkan berkenaan pelaburan yang dilakukan iaitu ‘FTSE Bursa Malaysia’ yang menjanjikan keuntungan 25 peratus dalam tempoh 24 jam.

“Dalam masa yang sama juga, mangsa telah berhubungan dengan seorang individu yang bernama ‘Luna Lee’ yang berperanan sebagai pengajar dalam group WhatsApp,” kata Aswandy dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurutnya, mangsa telah diajar untuk melakukan pembayaran yang melibatkan jumlah yang besar di bank dan memaklumkan tujuan untuk pengubahsuaian rumah.

“Berikutan itu, mangsa telah melakukan transaksi sebanyak tujuh kali dengan jumlah RM460,000 ke dua akaun berbeza di atas nama syarikat yang berlainan, bermula dari 5 Disember 2025 hingga 5 Januari 2026.

“Sepanjang pembayaran tersebut, mangsa telah mengadu tidak menerima sebarang pulangan keuntungan seperti yang dijanjikan  pada sebelum ini.

“Berikutan itu, mangsa telah merasakan dirinya telah ditipu dan bertindak membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” kata Aswandy lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.452951 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list