|
View: 592|Reply: 11
|
[Dunia]
London Has Fallen ~ China Mahu Bina Kedutaan Mega Sebelah Tower Of London!
[Copy link]
|
|
|
LONDON: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di London bagi membantah cadangan pembinaan kedutaan mega China, beberapa hari sebelum keputusan mengenai rancangan itu dijangka diumumkan.
Para penunjuk perasaan kebanyakannya menutup wajah dengan skaf atau topeng, melaungkan slogan “Katakan tidak kepada kedutaan China’ dan mengibarkan bendera bertulis “Bebaskan Hong Kong. Revolusi segera’.
Selain itu, mereka turut memegang papan tanda dengan slogan merujuk kepada agensi perisikan dalam negara Britain dan parti pemerintah, Parti Buruh di bawah pimpinan Perdana Menteri Keir Starmer.
China sudah beberapa tahun berusaha memindahkan kedutaannya, yang kini terletak di kawasan mewah Marylebone di ibu kota Britain, ke tapak bersejarah yang luas berhampiran Menara London.
Langkah itu mencetuskan bantahan hebat daripada penduduk setempat, kumpulan hak asasi manusia dan pengkritik Parti Komunis China. Demonstrasi terbaharu ini berlangsung menjelang keputusan yang dijangka dibuat minggu ini.
Ketua Kumpulan Hak Asasi Hong Kong Watch, Benedict Rogers berkata, jika rancangan itu diluluskan, berkemungkinan besar tapak berkenaan akan digunakan untuk kegiatan perisikan, merujuk kepada kabel komunikasi bawah tanah sensitif berhampiran lokasi tersebut.
Beliau menambah, China sudah menjalankan kempen penindasan transnasional terhadap pelbagai komuniti diaspora dan pengkritik lain, dan meramalkan aktiviti itu akan meningkat dan menjadi lebih sengit.
Seorang penunjuk perasaan yang juga pekerja bank yang berasal dari Hong Kong namun kini menetap berhampiran Manchester di barat laut England berkata, ramai warga Hong Kong berhijrah ke Britain untuk mengelak pemerintahan autoritarian di China.
Namun kini mereka berdepan kemungkinan sebuah kedutaan yang berfungsi sebagai pangkalan operasi bagi Beijing di London. Baginya, perkara itu tidak baik untuk sesiapa selain kerajaan China.
Seorang lagi penunjuk perasaan yang enggan dikenali menyeru Starmer untuk menghentikan rancangan tersebut kerana terdapat risiko tinggi terhadap keselamatan United Kingdom (UK), bukan hanya warga Hong Kong.
Wanita berusia 60 tahun itu, pekerja gudang yang juga berasal dari Hong Kong dan kini tinggal di Manchester, berkata, kedutaan itu akan menjadi pusat perisik bukan hanya untuk memantau UK tetapi seluruh Eropah.
Antara penceramah yang menyokong kempen membantah pembinaan kedutaan itu ialah Kemi Badenoch, pemimpin Parti Konservatif yang merupakan pembangkang utama.
Ahli Parlimen Britain sebelum ini mengutarakan kebimbangan besar mengenai keselamatan selepas sebuah akhbar harian terkemuka melaporkan tapak berkenaan akan menempatkan 208 bilik rahsia, termasuk sebuah ruang tersembunyi.
Daily Telegraph melaporkan memperoleh pelan tidak disunting bagi bangunan besar baharu itu yang akan dibina di tapak bersejarah bekas Royal Mint.
Pelan itu menunjukkan Beijing dikatakan merancang membina sebuah ruang tersembunyi di antara bilik rahsia di bawah kedutaan, yang diletakkan bersebelahan dengan kabel komunikasi bawah tanah. -AGENSI |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
London Bridge is falling down..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lah.. bukan india ke  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 19-1-2026 06:38 PM
London Bridge is falling down..
Ketuanan omputih white supremacy is falling down.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dulu depa sibuk jajah tempat orang ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua pejabat kedutaan mmg ade bilik rahsia ler..ada laluan rahsia..ada spy jugak..merepek sungguh mcm baru tau.
Cam gitu tutuplah semua pejabat kedutaan..semua letak kat tepi jln aja |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh built 1 lagi di keyel.... Aku pasti malaysian tiada objection boleh jadi freeloader santuary kepada ummah PRC mahu escape china... Hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa penunjuk perasaan semua muka cina dan india, tak de rupa omputeh pun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
keturunan diorg dulu penjajah...apa salah kena jajah pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 19-1-2026 03:58 PM
dah kenapa penunjuk perasaan semua muka cina dan india, tak de rupa omputeh pun
Yang protest ini kata nya honkies majority... Mahu free hong kong sekali... Anti PRC ... Bukan white ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
adehh patutlah. aiols igtkan omputeh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|