CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 84|Reply: 0

[Johor] JAINJ larang letak tabung derma atas nama kebajikan Islam di premis perniagaan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 10:22 PM | Show all posts |Read mode

OPERASI dijalankan semalam membanteras aktivti meletakkan tabung derma menggunakan nama kebajikan Islam di premis perniagaan. FOTO IHSAN JAINJ

Johor Bahru : Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menegaskan larangan meletakkan tabung derma yang menggunakan nama kebajikan Islam di premis seperti kedai runcit, warung dan klinik swasta sekitar negeri ini.

JAINJ dalam kenyataan berkata, peniaga di kedai atau pemilik premis perniagaan juga hendaklah memberi kerjasama dengan melarang mana-mana pihak meletakkan tabung derma di kedai mereka.

Menurutnya, sekiranya didapati melakukan perbuatan itu (meletakkan tabung derma), pemilik premis boleh ditahan di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003.

"Ada orang meletakkan tabung kononnya untuk pembangunan masjid, rumah anak yatim atau sekolah tahfiz, tetapi sebenarnya memperdayakan orang ramai serta masuk poket sendiri.

"Peniaga atau pemilik kedai hendaklah bekerjasama melarang perkara itu dan tuan kedai boleh ditangkap di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003.

"Ia membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.

Terdahulu, penguat kuasa JAINJ terus menggempur premis seperti kedai runcit, warung dan klinik swasta yang mempunyai tabung derma atas kebajikan Islam di premis berkenaan.

Satu operasi dijalankan di Kota Tinggi; Kluang dan Parit Raja, Batu Pahat antara jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, semalam bagi tujuan membanteras aktiviti berkenaan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.745087 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list