CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

[Sarawak] Paras air di kawasan berisiko banjir di Kapit dan Song menurun, terkawal

[Copy link]
Post time 16-1-2026 02:53 PM | Show all posts |Read mode


Anggota APM melakukan pemantauan di kawasan tebingan Rumah Philimon di Nanga Bawai, di Kapit.- Gambar APM

KAPIT: Paras air di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah Kapit dan Song dilaporkan menurun dan berada dalam keadaan terkawal setakat pemantauan terkini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit, Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata, pemantauan rapi terus dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko sentiasa terjamin.

Menurut beliau, di Daerah Kapit, pemantauan petang Khamis melibatkan beberapa lokasi yang dikenal pasti berisiko dinaiki air.

“Antara kawasan dipantau ialah Rumah Philimon di Nanga Bawai, Simpang Utong Jalan Selirik serta Melatai 2 Jalan Selirik, yang kesemuanya merekodkan trend paras air menurun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan di lokasi berkenaan setakat ini terkawal dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk.

Sementara itu, pemantauan di Terminal Penumpang Bot Ekspres Kapit merekodkan paras air Sungai Rajang pada bacaan 12.8 meter dengan trend menaik.

Walau bagaimanapun keadaan itu masih berada dalam keadaan terkawal.

Tambahnya, semua laluan jalan raya di kawasan pemantauan di Kapit boleh dilalui oleh kenderaan tanpa sebarang gangguan.

Di Daerah Song pula, pemantauan awal pagi Jumaat mendapati paras air di beberapa sungai utama menunjukkan trend menurun dengan keadaan cuaca dilaporkan baik.

Di Kampung Ijok, Sungai Katibas dan Kampung Alai, Sungai Chapi, paras air masih berada pada tahap selamat dan terus dipantau.

Pemantauan di Terminal Bot Ekspres Song merekodkan paras air Sungai Rajang pada bacaan 8.9 meter dengan trend menurun.

Menurut APM, semua laluan di kawasan pemantauan di Song masih boleh dilalui oleh kenderaan dan pejalan kaki.

Frankie berkata, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kedua-dua daerah kerana keadaan masih terkawal.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada serta memantau perubahan paras air dari semasa ke semasa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.994235 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list