CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 56|Reply: 0

[Kedah] Pemandu van Siam direman bantu siasatan kemalangan maut di lampu isyarat

[Copy link]
Post time 16-1-2026 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Fatin Nursyafikah maut dirempuh van Siam yang disyaki melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat Jitra malam tadi.





Pemandu van Siam direman bantu siasatan kemalangan maut di lampu isyarat



  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 16 Januari 2026, 1:16 pm




JITRA – Pemandu van warga Thailand direman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat sini malam tadi.

Perintah reman selama empat hari ke atas lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, suspek direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya.

“Kesalahan di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah van Thailand yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, Mangsa, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22, beralamat di Kampung Bukit Beruas dalam mukim Binjal, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.  – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/16/pemandu-van-siam-direman-bantu-siasatan-kemalangan-maut-di-lampu-isyarat/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.594149 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list