CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 4

Mamat dedah ada orang cuba 'pancing' balik ke tabiat lama

[Copy link]
Post time 16-1-2026 11:17 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bekas vokalis Exists, Mamat, 48, bersyukur menjalani rawatan pemulihan dadah di Persatuan Pengasih Malaysia, Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang, sejak hampir dua tahun lalu.

Masih dalam fasa pemulihan, Mamat yang kini menjadi sukarelawan di pusat pemulihan terbabit, bagaimanapun mengakui masih berdepan ujian apabila berada di khalayak ramai.

"Alhamdulillah, saya betul-betul bersyukur dengan keputusan yang sudah saya buat.

"Walaupun hampir memasuki dua tahun di sana, tetapi, saya sentiasa mendapat semangat baharu untuk bangkit.
"Lebih-lebih lagi apabila tengok orang lama yang sudah pulih. Saya jadikan mereka sebagai 'role model', kerana satu ketika dahulu, mereka juga pernah terjebak dengan dadah.Tetapi sekarang mereka sudah berada pada tahap yang tinggi.


"Kalau mereka boleh, tentulah saya juga boleh berada pada tahap sama dengan mereka," katanya pada sidang media showcase Cinta Mamat Untuk Peminat di sebuah hotel di sini, semalam.



Mamat yakin tidak akan kembali terjebak dengan najis dadah walaupun ada individu tewas lebih-lebih lagi mereka masih pada fasa awal pemulihan.

"Saya tidak berani hendak cakap apa-apa. Setakat ini, kalau ke mana-mana, saya tidak akan pergi sendirian. Ada yang iringi saya.

"Sebenarnya, bergantung kepada diri sendiri sama ada terbuka untuk teruskan proses penyembuhan atau hendak kembali pada cara hidup lama.

"Tetapi, setakat ini, saya tidak takutlah. Saya yakin dengan diri sendiri. Ada juga yang datang hendak cuba 'pancing'. tetapi, dengan adanya pengiring, saya rasa lebih selamat," katanya.

Pada Julai 2024, Mamat dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019.

Sementara itu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM4,000 selepas Mamat mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Fatimah Zahari dilapor turut memerintahkan Mamat menjalani dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 dia betul2 boleh bebas dari dadah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:34 PM | Show all posts
tokmal boleh

mamat pun mesti boleh



good luck & don't fCuk it up!

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:47 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 16-1-2026 08:34 AM
tokmal boleh

mamat pun mesti boleh

sebab tu tokmal ramai pengiring kalau perasan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 48 dah ko ni what a waste
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058361 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list