CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 55|Reply: 0

[Sarawak] Banjir di Beluru berterusan jejas 10 kawasan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 08:58 AM | Show all posts |Read mode


Keadaan banjir di Rumah Adin, Sungai Kelabit, Bakong dengan trend air menahan sehingga jam 3 petang.

MIRI: Banjir yang melanda daerah Beluru sejak minggu lalu masih berterusan dengan 10 kawasan termasuk sebuah sekolah rendah masih terjejas setakat jam 3 petang ini manakala hanya satu kawasan telah pulih sepenuhnya.

Menurut laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru, kejadian banjir berpunca daripada fenomena air sungai pasang besar yang bertembung dengan hujan lebat berkala, bermula 8 Disember 2025 sehingga kini.

Sekretariat JPBD Beluru yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi Mirwan Shah Masri memberitahu, antara kawasan yang terjejas adalah Rumah William Saba melibatkan 17 pintu dengan 110 penduduk dengan paras air setinggi 2.5 kaki manakala Rumah Dasu di Sungai Tisam, Bukit Nyaming mencatat paras air tertinggi iaitu 5 kaki 6 inci, menjejaskan 22 penduduk dari enam pintu.

Di kawasan Bakong pula, beberapa petempatan turut terjejas termasuk Rumah Keyai di Sungai Lutong yang melibatkan 43 penduduk dengan paras air setinggi 43 inci dan menunjukkan trend menaik serta Rumah Adin di Sungai Kelabit yang menjejaskan 45 penduduk dengan paras air 3 kaki 2 inci.

“Keadaan air juga dilaporkan menaik di Rumah Nazareth Melvin di Rantau Segawa, Sungai Lutong, membabitkan 36 penduduk dengan paras air lima kaki.



Kawasan SK Sungai Kelabit yang masih digenangi air banjir setinggi 1.8 kaki.

“Sementara itu, paras air di Rumah Sandom di Sungai Buri Ili dan Rumah Rengking di Sungai Buri Tengah masing-masing menunjukkan trend menurun, manakala beberapa kawasan lain berada dalam keadaan menahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain petempatan penduduk, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit turut terjejas apabila paras air setinggi 1.8 kaki memasuki kawasan sekolah dan melibatkan seramai 18 kakitangan.

JPBD Beluru turut memaklumkan, satu kawasan banjir telah pulih sepenuhnya dan dikeluarkan daripada senarai terjejas.

Sehubungan itu kata Mirwan, orang ramai di kawasan berisiko dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043320 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list