CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 672|Reply: 8

[Tempatan] sirih pulang ke gagang.KJ berkemungkinan sertai UMNO semula.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 15-1-2026 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KJ Hadir Perhimpunan Agung UMNO Dengan Izin Zahid



Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa kehadiran beliau di Perhimpunan Agung UMNO hari ini adalah selepas mendapat izin Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik Astro Awani, beliau berkata kehadirannya pada perhimpunan kali ini menjadi detik penuh emosi selepas dua tahun disingkirkan daripada parti.

"Semalam saya jumpa dengan Datuk Seri Zahid di majlis tahlil. Saya tanya, bolehkah saya datang hari ini? Kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya tak datang.

"Saya hanya datang kalau diberi izin. Dan saya ucapkan terima kasih sebab dia kata please come," maklum beliau.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan bahawa kehadiran beliau dalam perhimpunan kali ini bukan sebagai tanda penyertaan semula parti secara rasmi. Menurutnya, tindakan tersebut disifatkan sebagai langkah awal untuk kembali mendekati parti.

"Hari ini sangat-sangat emotional bagi saya. Saya dapat pulang ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah, benda-benda baik lepas ini.

"Selangkah kembali, menyertai UMNO kembali. Ya, one step at a time. Hari ini saya hadir sebagai pemerhati,” jelas Khairy.

Beliau turut memuji ucapan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh yang dikatakan berprinsip berikutan mengekalkan sokongan kepada kerajaan perpaduan demi kestabilan politik serta memastikan garis merah UMNO tidak dilanggar mana-mana pihak.

"Apa yang Akmal buat hari ini sangat berprinsip. Dia kata kita akur untuk terus menyokong kerajaan sedia ada, tetapi pada masa sama, apa yang patut dibuat, perlu dibuat.

"Dia tekankan ini bukan perhimpunan kebencian. Penyatuan Melayu tidak perlu menjadi sesuatu yang ditakuti oleh orang lain," ujar beliau.

Sementara itu, Khairy menzahirkan harapan beliau agar usaha Pemuda UMNO mampu menyatukan orang Melayu tanpa mencetuskan ketakutan atau perpecahan kaum.

"Jangan jadikan agenda ini sebagai pembencian terhadap mana-mana kaum. Itu sangat penting," titipnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar x mengurangkan apa2 , masuk balik  pun x menambah apa2.apakata bukak thread drama low class umngok..si akmal tu letak jawatan exco melaka.betul2 ke acah2? nak org pujuk dia ke?sbb kuatkuasa minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesilapan zaman menteri kesihatan paksa rakyat vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:41 AM | Show all posts
aku tunggu berita presiden keluar parti
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 12:55 PM | Show all posts
jentera pilihanraya dah start enjinnn......nampak dahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 16-1-2026 01:41 AM
aku tunggu berita presiden keluar parti

Keluar parti terus

Resign dari jawatan presiden pun tak tentu lagi tu. Almaklum, setapak lagi ke jawatan PM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2026 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar Ibrahim tu pun UMNO macam kau jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada pendirian....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepam...kembali pun ada motif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043970 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list