CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 49|Reply: 0

[Sarawak] Mulu Eco Challenge pacu ekopelancongan, satukan komuniti setempat

[Copy link]
Post time 15-1-2026 09:50 AM | Show all posts |Read mode


Berakit di Sungai Melinau merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi para peserta Mulu Eco Challenge 2026 pada 29 Mac kelak. - Gambar fail

MIRI: Acara sukan berteraskan alam semula jadi, Mulu Eco Challenge dijangka menjadi platform penting dalam mempromosikan pelancongan pengembaraan mampan di Mulu apabila ia dianjurkan pada 29 Mac depan.

Dianjurkan Grit Event Management, program tersebut menghimpunkan atlet, pelawat serta komuniti setempat menerusi gabungan aktiviti sukan dan keindahan alam semula jadi di kawasan Taman Negara Gunung Mulu yang terkenal dengan keunikan biodiversitinya.

Acara itu menampilkan dua aktiviti utama iaitu larian denai sejauh 12 kilometer dan cabaran berakit sungai sejauh lima kilometer, yang memberi peluang kepada peserta untuk menikmati persekitaran hutan hujan serta sungai Mulu secara bertanggungjawab.

Mulu Eco Challenge turut disenaraikan sebagai sebahagian daripada siri Borneo Raft Safari.

Selain aktiviti sukan, penglibatan komuniti setempat turut diberi penekanan melalui penganjuran sukan rakyat untuk penduduk tempatan serta majlis makan malam alu-aluan atlet, sekali gus mengeratkan hubungan antara komuniti dan peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala memberitahu, penganjuran acara berkenaan membawa manfaat besar kepada Mulu, khususnya dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan memperkukuh sektor ekopelancongan.

“Acara ini baik untuk Mulu kerana ia menggalakkan aktiviti sihat, menyokong ekopelancongan serta menyatukan komuniti dan pelawat,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut beliau, Mulu Eco Challenge juga berpotensi memberi impak positif kepada ekonomi setempat dengan menyokong perniagaan tempatan, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Pendaftaran untuk menyertai Mulu Eco Challenge kini dibuka dan akan ditutup pada 12 Februari.

Orang ramai boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi acara atau melayari laman sesawang rasmi https://muluecochallenge.com/.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.049728 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list