CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46|Reply: 0

[Kedah] PEMASIK anjur bola sepak 9 sebelah

[Copy link]
Post time 15-1-2026 09:26 AM | Show all posts |Read mode
PEMASIK anjur bola sepak 9 sebelah

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Januari 14, 2026 @ 6:01pm





Kejohanan akan berlangsung pada 31 Januari ini di Kompleks Sukan Perdana Majlis Daerah Sik. - Foto FB Radek Pemasik



SIK: Pertubuhan Muafakat Anak Muda Sik (PEMASIK) dengan kerjasama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Al-Nur Jannah Sik akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada 31 Januari ini di Kompleks Sukan Perdana Majlis Daerah Sik, di sini.

Pengarah kejohanan, Adli Adnan berkata, penganjuran kejohanan itu bukan sekadar medan mencungkil bakat bola sepak tempatan, malah membawa misi kebajikan dengan membantu golongan istimewa yang berada di bawah seliaan PDK Al-Nur Jannah Sik.

Katanya, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah kutipan kejohanan akan disalurkan terus ke Tabung PDK Al-Nur Jannah bagi menyokong operasi serta program pemulihan yang dijalankan pusat berkenaan.

"Kejohanan ini turut diperkasakan menerusi kerjasama strategik bersama The Cabin Cetak yang berpangkalan di Sik dan berpengalaman dalam penyediaan pakaian sublimation, cenderahati serta trofi kejohanan.

"Sumbangan mereka meliputi penajaan pingat dan kelengkapan urus setia sekali gus membuktikan komitmen syarikat tempatan itu dalam menyokong pembangunan bakat muda di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dan syarikat korporat turut dialu-alukan untuk menyumbang dalam penganjuran kejohanan berkenaan kerana sebahagian hasil kutipan akan disalurkan kepada PDK Al-Nur Jannah, selari dengan konsep 'bermain sambil menderma'.

Katanya, kejohanan itu terbuka kepada 32 pasukan dengan yuran penyertaan RM250 bagi setiap pasukan dan setakat ini, 20 pasukan termasuk dari Pulau Pinang sudah mengesahkan penyertaan.

"Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 22 Januari 2026 dengan hadiah ditawarkan RM3,000 berserta medal dan trofi kepada johan, RM1,500 kepada naib johan, RM700 kepada tempat ketiga serta RM300 bagi tempat keempat.

"Orang ramai, pasukan bola sepak dan kelab sukan tempatan dijemput menyertai kejohanan itu sebagai usaha menyemarakkan sukan akar umbi selain menyumbang kepada kebajikan komuniti," katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Adli di talian 011-29619374, Acap (011-15454736) atau menerusi Facebook Radek Pemasik.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/01/1496740/pemasik-anjur-bola-sepak-9-sebelah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.832864 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list