|
View: 778|Reply: 4
|
[Tempatan]
Bukit Tagar tempat kumpul sampah, makhluk lain pun tidak sanggup tinggal
[Copy link]
|
|
|
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
14 Januari 2026, 5:42 pm
SHAH ALAM – Cadangan pembinaan pusat penternakan babi moden di Bukit Tagar tidak melibatkan kawasan penempatan penduduk sekali gus tidak menyentuh isu sensitiviti kaum seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, lokasi tersebut merupakan tapak pelupusan sampah, bukannya kawasan kediaman.
Katanya, lokasi itu sememangnya tidak sesuai untuk didiami manusia, sekali gus menjadikannya kawasan paling strategik untuk dibangunkan pusat penternakan babi berteknologi tinggi dan mesra alam.
“Bukit Tagar ini adalah kawasan pengumpulan sampah. Jangan kata orang Melayu, makhluk lain pun tidak sanggup tinggal di kawasan tersebut.
“Di situlah kerajaan negeri mencadangkan untuk dibina pusat penternakan babi moden, berteknologi tinggi dan mesra alam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Izham berkata, perkara itu turut dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan baginda memahami rasional cadangan tersebut.
“Saya telah sembah maklum kepada Sultan Selangor dan baginda amat memahami perkara tersebut. Saya harap isu ini dapat dilihat secara adil, rasional dan menyeluruh, bukannya emosi atau sentimen semata-mata.
“Apa yang diusahakan oleh kerajaan negeri adalah penyelesaian jangka panjang demi kesihatan, kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar, selari dengan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-1-2026 06:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tempat sampah + kandang babi  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah babi berapa punye byk thread dah buka. Kisah wartawan fmt yg samakan cina kat malaysia ni mcm palestinian yg di tindas israhell ada tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la melayu pulak dah kena perjuangkan hak kandang babi ni
Takde dah ke muka pemakan babi bela nasib makanan ruji sendiri
Hai orang melayu
Mudah sangat dbeli
Biar deme bergasak sesama depa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|