CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 621|Reply: 1

[Tempatan] Perobohan di Kampung Chubadak Tambahan dilaksana seperti dijadual

[Copy link]
Post time 14-1-2026 02:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Operasi perobohan 68 kediaman dan binaan di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul berjalan seperti dijadualkan hari ini, selepas tempoh 14 hari notis pengosongan yang diserahkan kepada penduduk tamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, polis membantu pihak mahkamah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang pelaksanaan perobohan dijalankan.


Menurut beliau, seramai 206 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul ditugaskan dan dibahagikan kepada enam zon penugasan mengikut kelompok rumah yang ditetapkan untuk tindakan hari ini.

“Penugasan ini dilaksanakan bagi membantu pihak mahkamah dalam pelaksanaan perobohan premis di lokasi ini.

“Setakat ini keadaan terkawal dan tiada sebarang bantahan atau provokasi direkodkan,” katanya pada sidang media di lokasi, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Sukarno berkata writ mahkamah diserahkan kepada penghuni pada 5 Disember 2025 sebelum notis pengosongan disampaikan pada 26 Disember lalu.

Menurut beliau, notis pengosongan dan operasi perobohan yang dilaksanakan, hari ini membabitkan 68 kediaman membabitkan enam zon dengan lapan kediaman sudah sedia ditinggalkan.

“Bagaimanapun, terdapat 18 penghuni di zon empat yang melantik peguam untuk tindakan lanjut dan perkara itu tertakluk kepada keputusan mahkamah.

“Sebarang keputusan lanjut berkaitan perkara itu akan ditentukan oleh mahkamah. Berikutan itu, setakat ini 42 kediaman terbabit perobohan pada hari ini ,” katanya.

Ahmad Sukarno berkata, beberapa agensi lain turut membantu operasi itu termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain 120 petugas syarikat pemaju, 11 jengkaut dengan anggaran kekuatan anggota 400 orang.

Menurut beliau, Jabatan Imigresen sudah menjalankan pemeriksaan dan tindakan awal dua hari sebelum operasi dilaksanakan terhadap penghuni yang disyaki tidak mempunyai dokumen sah.

“Imigresen sudah membuat pemeriksaan dan tindakan awal dua hari sebelum ini kerana terdapat penghuni warga asing yang menyewa kediaman-kediaman di kampung berkenaan.

“Operasi hari ini dijadualkan berlangsung sepanjang hari dan dijangka selesai menjelang tengah hari atau awal petang,” katanya.

Kelmarin, Ahmad Sukarno menegaskan binaan haram, premis tanpa kebenaran serta pencerobohan kawasan yang melanggar undang-undang di Kampung Chubadak Tambahan bakal berdepan tindakan tegas, menerusi pelaksanaan perintah penghakiman penyerahan milikan kosong pada 14 Januari ini.

Beliau dilaporkan berkata, pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah langkah penguatkuasaan undang-undang untuk mengekang aktiviti pembinaan dan pendudukan tidak sah yang dikenal pasti berlaku di kawasan berkenaan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Binaan @nusaraya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.248572 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list