CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 609|Reply: 4

[Jenayah] Pemandu Volkswagen Jetta Singapura isi RON95 didenda RM9,000

[Copy link]
Post time 14-1-2026 12:13 PM | Show all posts |Read mode
KULAI: Pemandu Volkswagen Jetta dengan nombor pendaftaran Singapura yang dikesan mengisi RON95 dua minggu lalu didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kenderaan itu.

Orang Kena Saman (OKS), Long Sa Kow, 64, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret R Salini.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pemegang status penduduk tetap (PR) Singapura itu didakwa sebagai pemandu Volkswagen Jetta berwarna perak bernombor pendaftaran SLJ 8967 M didakwa mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan milik kenderaan itu.

Bagi perbuatan yang dilakukan di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam di sini, kira-kira jam 10.30 malam, 2 Januari lalu itu, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli yang mewakili OKS memohon hukuman denda yang minimum memandangkan lelaki itu seorang pesara dan tidak mempunyai pendapatan tetap.


"OKS menanggung seorang isteri yang juga suri rumah serta tiga anak yang mana dua daripadanya masih belajar dan sekolah. Ini kesalahan kali pertamanya dan OKS berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya ini dan akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan Kerajaan Malaysia," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran.

Berdasarkan fakta kes yang diakui benar oleh OKS, pada 4 Januari lalu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai mengesan satu video di Facebook yang memaparkan sebuah Volkswagen Jetta berwarna perak bernombor pendaftaran LJ 8967 sedang mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini.

Hasil siasatan mendapati, OKS sebagai pemandu kenderaan yang sepatutnya bernombor pendaftaran SLJ 8967 M menutup huruf S dan M pada nombor pendaftaran itu bagi mengisi minyak subsidi RON95.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2026 12:15 PM | Show all posts
Tenuk







Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi sesuap petrol subsidi bawah RM100, tak memasal hangus RM9k.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
"haiya!...wa suda salah ini kali wa ingat wa vole kasi bodoh dia olang...biasa vole buat dia olang bodoh"-Wa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:49 PM | Show all posts
aku baru tahu harga petrol kat singapore berbeza2 ya ikut station
ingatkan macam msia sama saja semua
rm9k banyak tu
tapi pada dia mungkin biasa kot
yelah convert usd ke rm kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.329238 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list