CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47|Reply: 0

[Kedah] Pesara jurutera ditipu scammer lagi babit kerugian RM100, 000

[Copy link]
Post time 14-1-2026 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Pesara jurutera ditipu scammer lagi babit kerugian RM100, 000

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





GAMBAR hiasan




Alor Setar: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu yang dialami seorang pesara jurutera apabila ditipu scammer yang kononnya hendak membantu mangsa yang ditipu scammer lain hingga lelaki terbabit mengalami kerugian lebih RM100, 000.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Deputi Superintendan Jasmani Sabrini berkata, pada jam 12.09 tengahari 11 Januari lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima satu laporan polis daripada lelaki berusia 54 tahun yang mendakwa diperdaya scammer.

Beliau berkata, pengadu melayari Facebook (FB) dan tertarik dengan satu iklan berbunyi sekiranya 'Anda adalah mangsa scam sila hubungi kami' pada 16 Mei tahun lalu lebih kurang jam 3 petang.

"Selepas itu, pengadu menekan pautan iklan terbabit dengan meninggalkan nama dan nombor telefon.

"Pengadu kemudian dimasukkan ke dalam aplikasi WhatsApp dan diminta mengisi butiran peribadi bagi tujuan permohonan namun sebelum permohonan diproses, pengadu diminta membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu bagi membuka fail.

"Selepas itu, pengadu kemudian membuat beberapa transaksi pindahan wang secara dalam talian daripada akaun milik pengadu ke beberapa akaun bank berlainan antara 28 Mei tahun lalu hingga 18 Jun tahun sama yang membabitkan lapan transaksi ke atas nama individu dan syarikat berbeza," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jasmani berkata, jumlah keseluruhan kerugian yang dialami pengadu adalah sebanyak RM108,001.

Beliau berkata, sehingga laporan dibuat, pihak terbabit masih meminta bayaran tambahan dengan alasan untuk mendapatkan semula wang pengadu.

"Hasil siasatan mendapati pengadu pernah menjadi mangsa scammer sebelum ini dan tiga kes sudah dibuka kertas siasatan iaitu satu di Sungai Petani dan dua di Padang Serai, Kulim berkaitan pinjaman wang tidak wujud.

"Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan iklan-iklan yang ditawarkan secara atas talian ini kononnya untuk mendapatkan bantuan untuk mendapatkan semula wang dari scammer.

"Orang awam juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan pihak polis atau balai berdekatan sebelum melakukan apa-apa transaksi yang mencurigakan kepada mana-mana pihak," katanya.

Jasmani berkata, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi Semak Mule, Facebook JSJK PDRM atau menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 8:43am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310598/pesara-jurutera-ditipu-scammer-lagi-babit-kerugian-rm100-000




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050001 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list