CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 51|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM pastikan Polisi Perlindungan Murid ditandatangani selewat-lewatnya minggu depan

[Copy link]
Post time 13-1-2026 07:33 PM | Show all posts |Read mode
KPM pastikan Polisi Perlindungan Murid ditandatangani selewat-lewatnya minggu depan

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
13 Januari 2026 01:36pm





Fadhlina (kanan) beramah mesra dengan ibu bapa yang hadir pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Barakbah pada Selasa.




NIBONG TEBAL- Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa menandatangani Polisi Perlindungan Murid di sekolah dalam tempoh terdekat, selewat-lewatnya minggu hadapan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid terus terpelihara khususnya berkaitan isu buli, gangguan seksual, penderaan serta kesihatan mental.

Menurutnya, pihak kementerian memberi ruang kepada sekolah dan ibu bapa sepanjang minggu pertama pembukaan sesi persekolahan bagi membolehkan pelaksanaan awal polisi berkenaan difahami sepenuhnya.

“Kita akan minta ibu bapa dan semua pihak berkepentingan untuk menandatangani Polisi Perlindungan Kanak-Kanak ini segera.

“Minggu ini kita beri peluang dahulu memandangkan ia minggu awal pembukaan sekolah.

Saya percaya menjelang minggu hadapan, semua pihak yang terlibat dapat dipastikan menandatangani polisi ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Barakbah di sini pada Selasa.

Terdahulu, Fadhlina menyerahkan BAP berjumlah lebih RM34 juta yang memberi manfaat kepada lebih 227,000 murid sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang.

Tambah beliau, polisi berkenaan bukan sahaja memberi penekanan kepada pencegahan kes buli di sekolah malah merangkumi isu gangguan seksual, sebarang bentuk penderaan serta aspek yang berkait rapat dengan kesihatan mental murid.

“Semua elemen ini terangkum dalam Polisi Perlindungan Murid yang digariskan oleh KPM bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.

"Komitmen semua pihak termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti amat penting bagi memastikan pelaksanaan polisi tersebut berkesan serta dapat melindungi murid secara menyeluruh.


Sebelum ini, Fadhlina dilaporkan berkata, KPM akan memperkenalkan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak di sekolah sebagai langkah memperkukuh keselamatan serta kebajikan murid, sekali gus memastikan tiada kes buli di sekolah.

Beliau berkata, pelaksanaan polisi itu adalah langkah penting untuk membentuk ekosistem pendidikan yang selamat dan terlindung melalui tanggungjawab bersama.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM akan menyiasat aduan ibu bapa berkaitan isu ketidakselarasan sistem permohonan sekolah berasrama dan meminta maklumat lanjut bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

https://www.sinarharian.com.my/article/763840/berita/semasa/kpm-pastikan-polisi-perlindungan-murid-ditandatangani-selewat-lewatnya-minggu-depan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.036457 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list