CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 849|Reply: 11

Mulai 2 Jan 2026, Suami berpoligami tanpa izin isteri akan dijel 4 tahun

[Copy link]
Post time 13-1-2026 10:13 AM | Show all posts |Read mode





JAKARTA – Mulai 2 Januari lalu, Indonesia menguatkuasakan bahawa amalan poligami yang dilakukan tanpa mematuhi prosedur undang-undang boleh dikenakan hukuman jenayah, lapor portal berita Radar Online hari ini.

Susulan penggubalan Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai Kanun Keseksaan (KUHP), ia membawa perubahan penting kepada peraturan perkahwinan di Indonesia.

Salah satu perkara yang mendapat perhatian umum ialah peruntukan hukuman jenayah terhadap lelaki yang berkahwin lagi secara senyap-senyap, tanpa persetujuan isteri yang sah dan tanpa kebenaran mahkamah.

Amalan tersebut kini tidak lagi dianggap sekadar pelanggaran pentadbiran, sebaliknya boleh membawa kepada hukuman penjara.

Sementara itu, pakar undang-undang jenayah Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS), Muchamad Iksan berkata,  peraturan tersebut dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 402 KUHP baharu.

“Justeru, seorang lelaki yang masih terikat dalam perkahwinan yang sah dan berkahwin semula tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman jenayah. Ini bermakna, poligami secara sembunyi-sembunyi boleh dihukum berdasarkan KUHP baharu ini,” kata Iksan.

Beliau menjelaskan bahawa dalam Perkara 402 ayat (1) KUHP baharu, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara maksimum empat tahun enam bulan atau denda maksimum kategori IV, iaitu sehingga 200 juta rupiah (RM48,000). – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 11:17 AM | Show all posts
laki kena jel, pastu bini naik tongkang dtg malaysia nikah bangla, pakistan, myanmar segala dia sapu...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:44 AM | Show all posts
patut buat kat msia. then mahkamah kena tgk gak kemampuan laki tu, kalau all the while bini 1st yg topup memana, maksdnya laki tu perasan jer yg dia mampu. #beranganisfree kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu laki macam ipar adalah maut lagu mana pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 01:43 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 13-1-2026 11:44 AM
patut buat kat msia. then mahkamah kena tgk gak kemampuan laki tu, kalau all the while bini 1st yg t ...

bukan law skrg mcm tu ke?kawan2 meols yg kawen lebih dari satu mmg diorg gi court declare their income semua..pastu baru dpt kebenaran kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 03:30 PM | Show all posts
midori888 replied at 13-1-2026 05:43 AM
bukan law skrg mcm tu ke?kawan2 meols yg kawen lebih dari satu mmg diorg gi court declare their in ...

tak, mksd iols nak jdkan undang2 kalau xde kemampuan but still kawen 2 and xde consent 1st wife, jd kan tu 1 jenayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2026 04:12 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 13-1-2026 03:30 PM
tak, mksd iols nak jdkan undang2 kalau xde kemampuan but still kawen 2 and xde consent 1st wife, j ...

laki tak berkemampuan , tp pencaras skrg pun byk yg dah kerja , income lebat. Mcm my kazen tu boss. Selalu la sponsor anak2 tiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 04:31 PM | Show all posts
borrow replied at 13-1-2026 08:12 AM
laki tak berkemampuan , tp pencaras skrg pun byk yg dah kerja , income lebat. Mcm my kazen tu boss ...

itu kalau 2nd wife yg power income dia. ni jantan tu punya tggjwb utk sara 1st wife. takkan nak hrp 2nd wife plak kan nak sara 1st wife punya tanggungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 05:21 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 13-1-2026 04:31 PM
itu kalau 2nd wife yg power income dia. ni jantan tu punya tggjwb utk sara 1st wife. takkan nak hr ...

cumanya klo 1st wife tu harapkan shuben tanggung family , agak2 sanggup tak sheols caj jenayah kat laki. Yg kena debik pun sanggup tarik balik report, sbb klo shuben masuk jail, tada job, sapa nak bagi anak2 makan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts

indo ni bunuh org pun kena hukum 4 tahun
polygamy pun nak 4 tahun gak
tak ke buat penuh jel je
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:53 PM | Show all posts
bottombikini: indo ni bunuh org pun kena hukum 4 tahunpolygamy pun nak 4 tahun gaktak ke buat penuh jel je


bunuh orang penjara 4 tahun je?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 05:05 PM | Show all posts
apa susah serai sajalah isteri pertama... kebanyakan yang ada banyak bini pun akhirnya serai verai jg.

.. ok serius. aku ingat undang-undang ni hanya akan tingkatkan bilangan selingkuhan. kawin lebih biasanya sbb nak halalkan sex jer, bukannya boleh kurangkan nafsu lelaki pun.. jadi, lelaki tetap mencari 'bini' lebih samada dijalan lurus atau dijalang bengkok

siapa perempuan yang kawin dgn lelaki boleh control nafsu dan ada ilmu... untungla. harapannya supaya lelaki itu hanya berkawin satu seumur hidup adalah tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047525 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list