CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

[Johor] Anggota polis dikenal pasti terbabit insiden tampar di stesen minyak

[Copy link]
Post time 13-1-2026 07:39 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Polis mengesahkan individu terlibat dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini yang tular di media sosial, seorang anggota polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 6.50 petang semalam.

"Individu terlibat dikenal pasti anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara dan sedang bercuti semasa kejadian berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azrol Anuar berkata, setakat ini polis belum menerima laporan berkaitan kejadian, namun mangsa terlibat telah dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengesannya bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis memandang serius dakwaan kesalahan atau salah laku yang melibatkan pegawai dan anggota serta memberi jaminan siasatan dilakukan dengan telus, adil dan berintegriti.

"Sehubungan itu, satu siasatan dalaman telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan atau tatakelakuan yang ditetapkan," katanya

Azrol Anuar menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung insiden itu dan mengalu-alukan kerjasama mereka yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.

Terdahulu, satu video berdurasi 33 saat tular memaparkan seorang penunggang motosikal yang sedang membonceng seorang wanita ditampar lelaki didakwa anggota polis di sebuah stesen minyak.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059261 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list