|
View: 672|Reply: 1
|
[Tempatan]
Pusat Zakat UPM Sudah Bantu 50,000 Pelajar = Agih RM60 Juta
[Copy link]
|
|
|
Inisiatif Universiti Putra Malaysia (UPM) mewujudkan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (Wazan) banyak membantu kebajikan pelajar universiti berkenaan sejak ditubuhkan pada 2016.
Wazan UPM itu ditubuhkan sebagai inisiatif strategik universiti bagi memperkukuh peranan institusi pendidikan tinggi dalam memperkasa agenda kebajikan dan kelestarian kewangan universiti.
Antara tujuan penubuhannya adalah sebagai penjanaan pendapatan universiti supaya kurang kebergantungan kepada dana kerajaan.
Selain itu, Wazan juga memupuk kesedaran sosial dalam kalangan warga universiti untuk berkongsi rezeki melalui mekanisme kewangan Islam yang teratur.
Menurut kenyataan UPM, Wazan menyokong agenda UPM menerusi True North dan nilai Berilmu Berbakti melalui teras utama perkhidmatan di luar jangkaan dan Pengalaman dan Kehidupan Pembelajaran terbaik.
Wazan juga menyokong usaha UPM dalam aspek kelestarian kewangan universiti serta menanam semangat filantropi dalam diri warga UPM melalui Putra Bakti.
Setakat ini jumlah keseluruhan penerima lebih kurang 50,000 orang dengan nilai agihan keseluruhan lebih RM60 juta.
“Ada trend peningkatan permohonan bantuan dan peningkatan bilangan fisabilillah melalui bantuan kewangan program pelajar,” kata kenyataan itu.
Dalam masa sama, UPM menyediakan mekanisme permohonan yang mudah iaitu menerusi sistem e-Wazan (Sistem Permohonan Zakat Pelajar) dan menggunakan borang manual yang disediakan dalam laman sesawang dan kaunter Wazan.
Katanya, pemohon yang layak akan diberi bantuan kewangan dan dimasukkan ke akaun penerima manakala bantuan bukan kewangan menerusi program-program agihan.
Menurut kenyataan itu lagi, sumber dana bantuan diperoleh daripada zakat iaitu pulangan semula dana zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) hasil kutipan zakat bulanan/tahunan di UPM.
Zakat dibayar oleh warga UPM, komuniti setempat, syarikat atau organisasi dan rakyat Negeri Selangor.
Selain itu sumbangan zakat korporat oleh syarikat-syarikat atau organisasi-organisasi korporat, sumbangan wakaf dan infak melalui crowd funding/fundrising daripada warga UPM, komuniti dan masyarakat luar dan hasil daripada hasil pelaburan wakaf.
Selain itu, jumlah kutipan dana tahunan zakat melebihi RM8.5 juta, wakaf melebihi RM1 juta dan infak melebihi RM200 ribu, inisiatif menjana dana baharu, pemerkasaan pembayaran digital, penerokaan zakat tanaman dan penternakan selaras dengan konsep Pertanian Untuk Rakyat atau UPM sebagai universiti pertanian selain kerjasama melalui institusi kewangan sebagai penyedia dana wakaf, biasiswa zakat serta dan menerusi kerjasama persatuan alumni.
Mengenai perancangan masa depan, Wazan UPM dalam usaha mempertingkat kutipan zakat bagi memastikan pulangan semula dana tersebut dapat memberi manfaat berterusan, menyahut saranan LZS membantu UPM membaik pulih prasarana pembelajaran, pembangunan lebih banyak smart classroom, penyediaan biasiswa zakat kepada pelajar asnaf cemerlang. –UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Chegubard nak dedahkan penyakauan Bautulmal pulak next week..
OT sat tapi berkait sebab ni pon topik zakat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|