CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 3238|Reply: 44

Bertemu jodoh dengan adik ipar - "Itu yang buat jadi kekok, dulu suami panggil kakak tapi selepas kahwin (panggil) sayang"

[Copy link]
Post time 9-1-2026 11:18 AM | Show all posts |Read mode




ALOR SETAR: "Saya anggap kehadirannya sebagai pengubat kedukaan dan bersyukur kerana bukan hanya saya malah anak pun dapat menumpang kasih sayang dengannya."

Itu kata Noor Fatin Marzuki, 33, ketika menceritakan kisahnya bernikah dengan Mohd Farizuwan Barkari, 27, yang sebelum ini adalah adik iparnya.

Noor Fatin selamat diijabkabulkan dengan Mohd Farizuwan pada 3 Januari lalu, kira-kira lima bulan selepas pemergian suami terdahulu, Allahyarham Mohd Farid Barkari.

Berkongsi kisahnya, Noor Fatin dari Kampung Teluk Kandis, di sini berkata, dia tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh dalam waktu terdekat kerana tiada perancangan berkahwin.

Ibu tiga anak itu bagaimanapun tidak dapat menolak ketentuan Ilahi yang menetapkannya berkahwin dengan lelaki pernah bergelar adik iparnya.

"Bekas suami meninggal dunia mengejut akibat serangan jantung dan jujurnya memang patah kaki selepas ketiadaannya kerana sudah 10 tahun kami hidup bersama sejak berkahwin pada 2015.

"Dua bulan juga saya tiada selera makan kerana sedih malah anggap tak akan jumpa lagi lelaki yang baik dan boleh menerima saya selepas pemergian arwah.

"Dalam tempoh idah, memang ada lelaki yang mesej nak berkenalan cuma saya malas layan kerana tak fikir nak cari pengganti pun," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, hati Noor Fatin terbuka apabila Mohd Farizuwan meluahkan hasrat memperisterikannya.

"Waktu suami jadi adik ipar, kami tak bersembang sangat pun kerana saya pun tahu batas malah jarang berjumpa walaupun tinggal berdekatan.

"Tapi suami dan keluarga mentua memang ambil berat terutama dengan anak saya selepas kematian arwah.

"Satu hari iaitu pada bulan lalu, suami dan keluarga mentua datang jumpa saya. Waktu itulah dia beritahu nak berkahwin dengan saya.

"Saya tak fikir lama dan terus setuju mungkin kerana Allah SWT bukakan pintu hati tapi minta dia (suami) tanya dengan anak dan keluarga saya dahulu. Alhamdulillah, anak okay dan kedua belah pihak pun restu jadi kami pun teruskan niat untuk bina masjid," katanya.

Ada rasa kekok pada hari pertama selepas nikah

Selepas berkahwin, Noor Fatin mengakui ada perasaan kekok dengan suaminya pada hari pertama selepas diijabkabulkan.

"Kami pun tak sempat kenal lama hati budi masing-masing dan boleh dikatakan bercinta selepas kahwin.

"Itu yang buat jadi kekok dan malu kerana dulu suami panggil kakak tapi selepas kahwin (panggil) sayang tapi hari kedua sudah okay. Syukur anak pun boleh terima bapa saudaranya begitu juga suami yang melayan mereka (anak) dengan baik," katanya yang hanya mengharapkan kebahagiaan dalam perkahwinannya.

Sementara itu, suaminya, Mohd Farizuwan juga tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan wanita yang dulu kakak iparnya namun yakin itu aturan terbaik Allah SWT buatnya.

"Arwah abang memang ada beri amanat kerana pernah pesan untuk tengokkan isteri dan jaga anaknya jika dia tiada. Tapi ditakdirkan, saya kini bukan hanya bantu jaga tapi menjadi ketua keluarga selepas berkahwin dengan isteri.

"erasaan sayang dan keinginan berkahwin dengan isteri itu datang dengan sendiri, bagi saya Allah SWT yang bagi rasa suka itu.

"Segan juga waktu nak luahkan hasrat berkahwin dengan isteri kerana takut ditolak tapi syukur dia terima lamaran saya. Saya tak harap banyak cuma berdoa perkahwinan serta keluarga kami bahagia, itu saja," katanya yang mencari rezeki sebagai pengusaha di sebuah warung makanan.


Sumber: BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 11:41 AM | Show all posts
Kenapa tak ada cerita pasal perempuan tu punya adik? Kenapa macam cerita tu tergantung? Apa jadi dengan adik kepada perempuan tu? Laki tu seraikan bini dia, or laki tu kematian isteri? Adik perempuan tu macam mana? Ada komen apa2 tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 9-1-2026 11:41 AM
Kenapa tak ada cerita pasal perempuan tu punya adik? Kenapa macam cerita tu tergantung? Apa jadi den ...

Ni bkn ipar kerana lelaki kawin dgn adik perempuan tu. Ni ipar kerana suami sekarang ada lah adik kpd arwah suaminya.

Mungkin suami sekarang bujang sebelum kawin, umur pun baru 20an.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 12:28 PM | Show all posts
Rdizz replied at 9-1-2026 12:24 PM
Ni bkn ipar kerana lelaki kawin dgn adik perempuan tu. Ni ipar kerana suami sekarang ada lah adik  ...

Oooooooh, baru i faham. Ipar sebelah sanalah kiranya. Bukan ipar belah perempuan itu.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah dia pon kawin ngan adik ipar lepas kematian suaminya...cuma aq rasa cam cepat sanggat lepas 5 bulan dh terus nikah,dh dia cakap x kenal sanggat ngan adik ipar tu b4 ni patut siasat la dulu b4 terus kawin...apapon dh jodoh dyorg aq ucapkan selamat pengantin baru jelah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dah jodoh... tapi cepat betul...
10 tahun kawin
mesti la kenal jugak kan dgn adik ipar tu..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2026 02:42 PM | Show all posts
iols pun ada pakcik yg kawen dgn adik ipornya, sbb makcik meninggal.
kami dah kenal dgn makcik baru jd lagi rapat (sbb makcik baru tu lom kawen).
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 03:39 PM | Show all posts
moral of the story kalau sesiapa yang anggap ipar itu dah macam adik beradik jangan assume the feeling is mutual ya, belah sana mungkin masih terliur. Ingat itu terutama yang perempuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 03:44 PM | Show all posts
zuuu replied at 9-1-2026 01:07 PM
Oklah dia pon kawin ngan adik ipar lepas kematian suaminya...cuma aq rasa cam cepat sanggat lepas 5  ...

ayat 'tak kenal sangat' tu nak bagi tau why the euwww factor is not there. Kalau dah rapat macam adik sendiri tu nanti lain pula jadinya.



Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-1-2026 03:39 PM
moral of the story kalau sesiapa yang anggap ipar itu dah macam adik beradik jangan assume the feeli ...

Ko nk ckp ipar adalah maut kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 03:46 PM | Show all posts
lasagna replied at 9-1-2026 02:42 PM
iols pun ada pakcik yg kawen dgn adik ipornya, sbb makcik meninggal.
kami dah kenal dgn makcik baru  ...

orang dulu2 panggil 'salin tikar' walau pun acceptable tapi tetap ada yang melihat seperti kawin adik sendiri, even in those days.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 03:50 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 9-1-2026 03:44 PM
Ko nk ckp ipar adalah maut kan

ipar pun manusia, habis lah selepas ni ipar pun dipandang serong

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 9-1-2026 11:41 AM
Kenapa tak ada cerita pasal perempuan tu punya adik? Kenapa macam cerita tu tergantung? Apa jadi den ...

Umur lelaki 27 kan..bukan 37 noks..pengantin lelaki ni masa abgnya kawin dgn kak ipar, baru 17 taun budaknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 04:02 PM | Show all posts
tp kenapa kena jadi bahan berita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-1-2026 03:46 PM
orang dulu2 panggil 'salin tikar' walau pun acceptable tapi tetap ada yang melihat seperti kawin a ...

Salin tikar ni selalu yg iols tgk..yg laki kematian bini ..si suami kawin dgn adik @ akak isteri

Yg isteri kematian suami pastu kawin dgn adik suami br pes time la dgr..sama juga la kan .tp tula..awkward la kalau meols
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 04:38 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 9-1-2026 04:03 PM
Salin tikar ni selalu yg iols tgk..yg laki kematian bini ..si suami kawin dgn adik @ akak isteri

...

Yup laki kematian bini as in the post yang I reply tu.

Tapi dalam berita ni perempuan kawin adik suami, tak tau lah nak panggil salin apa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ke complicated lepaih ada anak? Half siblings tapi cousins at the same time?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 pakai baju sekenhen abang ini le jadinye..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
SIL boleh tahan cantik kan
Agaknya lama dah kot ada rasa suka tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kelmarin lepas fyp sorang sis ni kahwin ngan adik ipar gak. Tapi lepas 4 tahun jadi balu.
Suami dia ninggal gak, tinggal 2 anak pompuan kecik2 lagi.
Adik ipar pun umur lebih tua drpd dia taktau la brp maybe bbp tahun la kot.
Muka lebih kurang je ngn arwah suami dia. Dia berat hati gak tp sbb tu wali paling dekat anak2 dia, aurat pun tak perlu risau jadi akhirnya dia terima gaklaa
Dah ada ank sorang dah ngn suami baru, nampak adik ipar dia pun mcm org yg baik2. Sebelum ni pun adik ipar tu la yg byk bantu dia anak beranak maybe sebab tu la gaknya mertua dia suh salin tikar jela kan.
Ayah tiri bkn org lain pak sedara sendiri gak gituhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.354693 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list