|
|
Pelawak Shuib didenda oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini kerana mempromosikan produk tembakau, dua tahun lalu.
Memetik Sinar Harian, Shuib mengaku bersalah di hadapan Majistret, Ezrene Zakariah atas pertuduhan berkenaan.
Mahkamah turut mengarahkan Shuib dipenjara satu tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Shuib didakwa mempromosikan produk merokok Soundvape di Dol’s Podcast yang disiarkan di saluran Youtube pada 22 Oktober 2024.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, boleh di hukum di bawah Seksyen 9(3)(a)(i) akta yang sama.
Jika disabitkan bagi kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan maksimum satu tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Shuib memohon hukuman denda paling minimum kerana anak guamnya sudah mengeluarkan siaran promosi terbabit daripada Youtube.
Sumber : Sinar Harian, Rotikaya |
|