|
View: 1645|Reply: 12
|
Bekas Ketua Balai Bomba Peramu sujud syukur bebas tuduhan terima suapan
[Copy link]
|
|
|
KUANTAN – Selepas tujuh tahun melalui proses perbicaraan, bekas Ketua Balai Bomba Peramu di Pekan menzahirkan rasa syukur dengan melakukan sujud syukur di mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membebaskannya daripada semua pertuduhan.
Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 61, dilihat berjalan ke satu sudut sejurus keluar dari bilik Mahkamah dan melakukan sujud syukur.
Dia sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM194,062.10, oleh Mahkmah Sesyen Kuantan pada 16 Mac 2022 selepas didapati bersalah kerana menganugerahkan kontrak bekalan makanan kepada syarikat milik isterinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Samry Masri, hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas meneliti keseluruhan keterangan serta membenarkan semua rayuan yang dibuat tertuduh.
Pada 2018 Sheikh Hassan didakwa menyalahgunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan dengan menganugerahkan kontrak kepada Puncak Cahaya Azam Enterprise, sebuah syarikat milik isterinya.
Kontrak berkenaan melibatkan penyediaan makanan untuk anggota yang terlibat dalam program dan operasi anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Peramu antara Mac 2014 hingga 3 Ogos 2015, dengan nilai setiap kontrak antara RM1,075 hingga RM7,500.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, manakala Sheikh Hassan diwakili peguam G. Ravishankar.
Dalam pada itu, Sheikh Hassan berkata, dia lega apabila penantian selama tujuh tahun untuk membersihkan namanya akhirnya menjadi kenyataan.
“Kes ini dibicarakan selama kira-kira empat tahun di Mahkamah Sesyen, diikuti tiga tahun di Mahkamah Tinggi. Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan keputusan hari ini,” ujarnya.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana boleh lepas. Takkan tak tahu nama sykt bini sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman kasi kontrak kepada anak beranak was okay
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berderet ye business yg bini dia buat
Alamat perniagaan di Bera (tempat Ismail Sabri) tapi jauh nawww supply makanan ke Pekan macamkan kat Pekan tu takde caterer yg boleh sediakan makanan utk Abam bomba
BUSINESS DESCRIPTION
PUNCAK CAHAYA AZAM ENTERPRISE was incorporated on 2010-12-29 in Malaysia with registration number of CT0005197K / 201003269657. PUNCAK CAHAYA AZAM ENTERPRISE's business includes BAHAN BACAAN, ALAT TULIS (TIDAK TERMASUK BORANG & KERTAS), ALAT DAN SISTEM CEGAH KEBAKARAN, PAKAIAN DAN ALAT KESELAMATAN, BAHAN MINUMAN, MAKANAN MENTAH BASAH, MAKANAN MENTAH KERING, MAKANAN DALAM TIN/BOTOL/BUNGKUS, MAKANAN BERMASAK ISLAM, BAJA, RACUN PERTANIAN, TANAMAN/BENIH SEMAIAN, BAHAN BINAAN, PERALATAN KESELAMATAN JALAN RAYA, ALAT GANTI/AKSESORI KENDERAAN, ALAT HAWA DINGIN, MESIN-MESIN PEJABAT, ALAT KEBOMBAAN/PEMADAM API, MENCUCI BANGUNAN, MEMBERSIH KAWASAN, MEMBERSIH KENDERAAN, HIASAN JALAN/KAWASAN, PENGANGKUTAN, TERNAKAN, BEKAL BARANG RUNCIT, KAWALAN SERANGGA PEROSAK, PERKHIDMATAN MENJAHIT & BAIK PULIH, BARANG LUSUH, MEMBEKAL PAKAIAN DAN KAIN, BARANG LOGAM, PERABUT, ALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN & KOSMETIK, BARANGAN LANDSKAP, MEMBEKAL ALATAN TULIS & ALATAN JAHITAN PAKAIAN, MENGANGKAT SAMPAH DENGAN LORI KECIL, KAWALAN SERANGGA PEROSAK, PERKHIDMATAN PENGINDAHAN BANGUNAN & MESIN PEJABAT, BILLBOARD, PEMBAJAAN, ALAT GANTI & AKSESORI KENDERAAN, MENCETAK LABEL POSTER, IRONON (KERTAS), PELEKAT PLASTIK, KOMPUTER, PERALATAN PAKAIAN KESELAMATAN, PERALATAN DAN PAKAIAN SUKAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengar berita ni jugak semalam, nak tahu mcm mana boleh lepas?
Iols syak dia buat cukup quotation 3 company, dan company PUNCAK CAHAYA AZAM ENTERPRISE's ni harga paling rendah. Jadi memang by right dia ada hak utk award pada company tu sebab dia tawar quotation paling rendah.
Tapi berani sungguh pakai company nama bini sendiri ye terang terangan. Ke sebab dia tak buat salah tu dia berani pakai company bini dia terang terang? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 masa buat part time kerja cashier kat pasaraya, tetibe 1 van bomba datang kutip hamper banyak2 pasaraya bagi..iols part timer je masa tu tanya kat cashier yg lain, dorang xbayar ke? hati tulus iols kata oh baik supermarket sponsor hamper ke balai bomba...hihih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eh x u...iols cerita kisah lain masa iols kerja part timer kat supermarket...ni ditempat lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukti x cukup ke.. camna la ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendakwa gagal menimbulkan keraguan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan mmg buat laporan ala kadar je ke.. tak ada penjelasan kenapa terlepas. Mcm tergantung je news ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap hari buat solat hajat kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hai korang kalau ada perlukan lawyer untuk kes SPRM sila DM aku yer |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|